Panasonic Cipta Megaphone Yang Mampu Menterjemah Bahasa

Beberapa hari yang lepas, Panasonic telah melancarkan sebuah megaphone yang berupaya menterjemah suara pengguna ke bahasa yang lain. Untuk lebih spesifik, ia akan menterjemah ke bahasa Inggeris, Korea dan China. Jepun sangat terkenal dengan kepelbagaian ciptaan yang cukup membuatkan kita berasa teruja. Alat yang baru dicipta ini merupakan penghubung tanpa perlu memikirkan batas bahasa komunikasi.

Walaupun begitu, Panasonic hanya memasukkan lebih kurang 300 patah perkataan kedalam alat yang dipanggil Megahonyaku. Tetapi jika anda menyambungkan ia ke internet anda boleh mengakses lebih banyak perkataan. Dari segi kelajuan, agak sedikit menghampakan kerana ia mengambil sedikit masa untuk memproses arahan suara yang diterima. Itu tidak menjadi masalah selagi ia mampu menterjemah ayat yang diungkapkan dengan betul. Mikrofon tersebut juga dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh yang akan memaparkan proses penukaran bahasa.

Syarikat dari wilayah Osaka itu tidak bercadang untuk menjual peranti itu sebaliknya akan menyediakan servis secara kontrak selama 3 tahun. Dipercayai kadar sewa Megahonyaku sekitar ~RM810 sebulan dan turut disediakan kemaskini serta servis penyelenggaraan peranti.

Panasonic turut mempertimbang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Rusia. Sejak 2015, lebih kurang 30 organisasi antaranya jabatan polis dan pengendali keretapi menggunakan servis terjemah megaphone sebagai ujian keberkesanan.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=xHYEP7CyOM8[/embed]

Sumber: The Japan Times