Pakej UniFi Untuk Pelajar Dan Usahawan Teknologi Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Pada majlis 'Jom Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM' di Menara Telekom Malaysia Berhad hari ini, telah diumumkan satu pakej baru UniFi yang ditawarkan khas bagi pelajar dan juga usahawan teknologi dalam negara.

Dua pelan baru akan ditambah ke dalam pelan sedia ada ini bakal dikenali dengan nama UniFi Edu serta UniFi eBiz.

Difahamkan lagi, pakej baru dari TM ini berupaya menyediakan sambungan jalur lebar sehingga 100Mbps dan turut disertakan dengan sokongan wifi@unifi dan Webe Mobile.

Dengan pengenalan dua pakej ini, ia diharap bakal memberi manfaat terutama sekali kepada golongan pelajar dan juga usahawan teknologi dalam mendapatkan sambungan internet yang stabil dan mungkin dengan harga yang berpatutan.

Harga langganan bagi pakej ini masih menjadi tanda tanya. Justeru itu marilah kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari TM tidak lama lagi.

Sumber: Lowyat.net