Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Pakar Gesa Buang Segera 2 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Trojan Xenomorph

Diterbitkan November 14, 2022 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik keselamatan dari Zscaler ThreatLabz menggesa pengguna telefon pintar Android untuk segera membuang aplikasi kategori gaya hidup ini.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah aplikasi Todo: Day manager yang dikesan membawa perisian hasad Xenomorph.

Xenomorph merupakan trojan perbankan yang mencuri kelayakan daripada aplikasi perbankan pada peranti pengguna.

Ia juga mampu memintas mesej SMS dan pemberitahuan pengguna, membolehkannya mencuri kata laluan dan permintaan pengesahan berbilang faktor (M2FA).

Pakar Gesa Buang Segera 2 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Trojan Xenomorph

Menurut Zscaler, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh lebih 1,000 kali pengguna Android menerusi  Google Play store.

Satu lagi aplikasi yang dikesan turut membawa Xenomorph adalah aplikasi 経費キーパー (Expense Keeper).

Pakar Gesa Buang Segera 2 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Trojan Xenomorph

Zscaler menjelaskan, analisis mereka mendapati perisian hasad perbankan Xenomorph digugurkan daripada GitHub sebagai aplikasi Google Service palsu semasa pemasangan aplikasi.

Ia bermula dengan meminta pengguna mendayakan kebenaran akses ke atas peranti. Setelah disediakan, ia memasukkan dirinya sebagai pentadbir peranti dan bertindak menghalang pengguna daripada melumpuhkan Device Admin, bagi mengelakkannya daripada dibuang daripada telefon.

Berkaitan

  • Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa
  • Pakar Gesa Buang Segera 2 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Trojan Xenomorph
  • ASUS Sahkan Bila Android 13 Untuk 5 Siri Zenfone Dan ROG Tersedia

Xenomorph mencipta tindanan pada aplikasi perbankan yang sah untuk menipu pengguna supaya memasukkan kelayakan mereka.

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan untuk mengawasi aplikasi apa yang sedang dipasang di dalam peranti mereka.

Zscaler juga mengingatkan pengguna supaya tidak memuat sisi atau meminta pengguna memasang aplikasi dari sumber yang tidak diketahui selain daripada Play Store.

Kewaspadaan pengguna adalah sangat penting untuk mengalahkan kempen pancingan data seperti ini.

Sumber: Zscaler

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY