Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi ‘Deepfake’ Menggantikan Wajah Robert Downey Jr. Kepada Wajah Tom Cruise Sebagai Iron Man

Pakar Dedah Cara Paling Mudah Kesan ‘Deepfake’ Pada Masa Sebenar

Diterbitkan Ogos 10, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah sayrikat yang mempunyai kepakaran dalam kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan kejuruteraan teknologi, Metaphysic telah mendedahkan cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan teknologi ‘deepfake‘ (palsu asli) ataupun tidak.

Menurut Metaphysic, berdasarkan beberapa ujian yang dijalankan mereka didapati, teknologi deepfake hanya berkesan apabila seseorang itu menghadap secara berdepan.

Sebaliknya apabila pengguna itu berpaling ke sisi 90 darjah, teknologi deepfake tidak dapat mengikut bentuk rupa penggunanya dengan sempurna.

Sekaligus akan jelas kelihatan bahawa individu itu menggunakan teknologi deepfake dalam video itu pada masa sebenar.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menunjukkan beberapa siri kegagalan deepfake yang menggunakan wajah artis dan tokoh ternama berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Metaphysic .

Pakar Dedah Cara Paling Mudah Kesan ‘Deepfake’ Pada Masa Sebenar

Walaubagaimanapun, kecacatan teknologi deepfake ini dijangka akan ditambah baik pada masa hadapan sekaligus menyukarkan lagi industri keselamatan mengesan sesuatu yang benar dan palsu.

Sepertimana teknologi NeRF (Neural Radiance Fields) yang dibangunkan oleh Nvidia.

NeRF boleh menukarkan imej-imej 2D kepada pandangan 3D daripada koleksi foto-foto pegun.

Sumber: Metaphysic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Sedang Membangunkan Teknologi 'Deepfake' Mereka Sendiri
  • Deep Learning Jadikan Karakter Permainan Video Bergerak Lebih Realistik
  • Ahli Politik Belanda Ditipu Teknologi Deepfake

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY