Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Deep Learning Jadikan Karakter Permainan Video Bergerak Lebih Realistik

Deep Learning Jadikan Karakter Permainan Video Bergerak Lebih Realistik

Diterbitkan Oktober 31, 2019 oleh Meor Hasyim

Dengan dunia digital permainan video yang semakin kompleks, interaksi dan pergerakan karakter janaan komputer menjadi mencabar untuk disimulasikan. Untuk mengelakkan suasana kekok pergerakan karakter yang diprogramkan, penyelidik mula berpaling ke arah AI dan deep learning untuk menjadikan pergerakan karakter serealistik mungkin.

Saintis komputer dari Universiti of Edinburgh dan Adobe Research telah hadir dengan satu penyelesaian dengan mengaplikasikan rangkaian neural deep learning terhadap permainan video. Menggunakan deep learning, rangkaian neural tersebut akan melihat dan mengkaji koleksi perlakuan manusia secara langsung. Untuk itu, rangkaian neural ini memerlukan pangkalan data yang sangat banyak untuk hasil janaan komputer yang lebih baik.

Teknik ini adalah seakan sama dengan teknologi deepfake. Bezanya deepfake mengkaji data muka manakala rangkaian neural mengkaji set pergerakan manusia.

Mengaplikasikan deep learning merupakan satu daripada pelbagai cara bagaimana AI boleh memperbaiki teknologi supaya menjadi lebih baik. Dengan bantuan daripada rangkaian neural tersebut, permainan akan menjadi lebih realistik untuk dimainkan pada masa akan datang.

Sumber: Gizmodo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY