Apple telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi beta watchOS 3.2. Melalui kemaskini terbaru ini Apple membawa ciri baru iaitu Theater Mode. Dengan Theater Mode ini pengguna boleh ‘mute’ suara Apple Watch mereka dengan mudah dan tetapan untuk mengelakan skrin hidup secara automatik semasa anda menggerakkan pergelangan tangan atau menerima notifikasi. Secara mudahnya kemaskini ini membolehkan pengguna…
Ricoh Melancarkan DSLR Pentax KP Dengan Keupayaan Low-Light Yang Tinggi
Ricoh Imaging telah melancarkan sebuah kamera APS-DSLR yang dibina khusus untuk fotografi malam. Ciri yang paling menarik perhatian tentang kamera ini adalah sensornya yang berupaya dinaikkan ke ISO 819200. Ciri ISO yang tinggi seperti ini membenarkan kamera ini mengambil gambar walaupun tanpa sebarang cahaya(gelap-gelita). Namun di dalam dunia fotografi, sudah diketahui umum tetapan ISO yang tinggi…
Hugo Barra Sertai Facebook
Naib Presiden Xiaomi, Hugo Barra baru-baru ini mengumumkan perletakan jawatannya untuk berpindah ke Sillicon Valley, bakal menyertai Facebook. CEO Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan berita ini semalam. “Saya sangat teruja dengan kedatangan Hugo Barra untuk mengetuai produk realiti maya (VR) termasuklah pasukan Oculus” kata Zuckerberg melalui satu kiriman di Facebook semalam. Sejak penglibatannya bersama Xiaomi selama…
Pencipta Flappy Bird Kembali Lagi Dengan Ninja Spinki Challenges
Masihkah anda ingat permainan Flappy Bird yang suatu ketika dahulu(2013) mejadi fenomena sehinggakan ada yang menghempas telefon mereka kerana ianya sangat susah dan menjengkelkan. Namun permainan Flappy Bird tidak bertahan lama kerana penciptanya Dong Nguyen menarik balik permainan itu dari pasaran. Dong Nguyen kembali lagi dengan memperkenalkan permainan baru yang diberi nama Ninja Spinki Challenges dan…
Samsung Bersedia Untuk Bekerjasama Dengan Google Dalam Membangunkan Kecerdasan Buatan
Memetik berita dari Mobilesyrup, Timbalan Presiden Komunikasi Mudah Alih Samsung, Lee Kyeong-tae berkata, Samsung bersedia untuk bekerjasama dengan Google dalam membangunkan kecerdasan buatan. Malah beliau menekankan bahawa kedua-dua syarikat tersebut perlu berganding bahu dalam memastikan kecerdasan buatan mendapat perhatian dalam pasaran arus perdana dunia. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Samsung sedang bersiap sedia untuk melancarkan model Galaxy S8 yang…
Uber Melebarkan Sayap Ke Kuantan
Bulan Januari 2017 menandakan genap 3 tahun syarikat Uber memulakan perkhidmatan menghantar penumpang di Malaysia. Kini perkhidmatan Uber dikembangkan pula ke Pantai Timur Malaysia dengan Kuantan sebagai bandar pertama terpilih dari wilayah itu. Perkhidmatan Uber di bandar Kuantan telah bermula sejak semalam, (25 Januari 2017) dan ia merupakan bandar ke-9 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan itu selepas,…
