Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Samsung Menguji Bateri Mereka Agar Lebih Selamat

Cara Samsung Menguji Bateri Mereka Agar Lebih Selamat

Diterbitkan April 5, 2017 ยท Dikemas kini April 5, 2017 oleh Wiser MY

Satu persoalan yang bermain di minda pengguna ketika pelancaran Galaxy S8/S8+ ialah ketahanan bateri.

Selepas peristiwa Note 7 tahun lepas, para pemerhati menjangkakan isu bateri akan diberi lebih perhatian oleh Samsung.

Dalam pelancaran Galaxy S8/S8+, Samsung menekankan ujian ketahanan bateri mereka lebih ketat berbanding sebelum ini.

Samsung kini mempunyai 8 tahap untuk menguji bateri mereka.

Walaupun pembekal yang menguji bateri tersebut, Samsung sendiri membuat ujian berasingan bagi menguji dan mengenalpasti potensi masalah yang boleh berlaku.

Syarikat itu sekarang mempunyai ujian yang dipanggil Ujian Penggunaan Yang Dipercepatkan, yang dibuat untuk menstimulasi corak penggunaan oleh pengguna dalam satu tempoh masa.

Ujian itu mengambil kira bateri melalui tempoh caj, discaj, pendedahan kepada air dan sebagainya.

Ujian ini dilakukan oleh pekerja ke atas 100,000 peranti bagi memastikan tiada masalah yang timbul.

Samsung juga fokus dalam mempertingkatkan ketahanan bateri mereka walaupun setelah beribu kitaran caj.

Selepas 6 bulan, Galaxy S8 akan mempunyai jangka hayat bateri lebih baik dari peranti mereka yang sebelumnya dan berterusan selepas dua tahun.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY