Syarikat penerbangan tambang rendah negara ini, AirAsia Bhd telah melancarkan sistem keselamatan biometrik mereka yang bertujuan mengurangkan masa menunggu untuk penumpang semasa urusan pendaftaran dan menaiki pesawat. Sistem yang dikenali sebagai F.A.C.E.S itu menggunakan teknologi pengecaman wajah dan telah mempunyai hampir 80% kadar kejayaan mengecam wajah penumpang mereka. F.A.C.E.S dijangka dapat mengurangkan masa memproses dokumen penumpang…
Bocoran Imej Xiaomi Mi 6X Memperlihatkan Dwi Kamera Belakang
Awal minggu ini, rekaan Xiaomi Mi 6X dikatakan telah tertiris dalam platform sosial media, Weibo. Imej berupa screenshot daripada rakaman video itu diambil oleh seseorang yang dipercayai berkait rapat dengan operasi pembuatan atau pembekal perkakasan Xiaomi. Melihat kepada imej, boleh dibayangkan bahawa Mi 6X mungkin tampil dengan rekaan logam dibahagian belakang yang turut menempatkan lensa…
Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Sudah Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
Desas-desus mengenai dua peranti ini akan muncul menemui peminat tempatan sudah kedengaran sejak Disember yang lepas lagi. Terkini, Mi Malaysia telah mengumumkan set rasmi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dengan kedua-duanya menampilkan rekaan skrin bernisbah 18:9. Antara spesifikasi ringkas bawaan dua model ini adalah seperti berikut. Redmi 5 (RM679) Skrin 5.7 inci Snapdragon 450…
Kemaskini Pixel 2 Tingkatkan Lagi Prestasi Kamera
Umum mengetahui bahawa Pixel 2 menggunguli takhta kamera terbaik setakat ini, mengalahkan nama-nama besar seperti iPhone X, Huawei Mate 10 Pro, Samsung Galaxy Note 8 dan beberapa model lain. Google dilaporkan telah mula melepaskan satu kemaskini yang mana ia kini membenarkan aplikasi pihak ketiga mengakses sistem Pixel Visual Core didalam Pixel 2 dan Pixel 2…
Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Didalam Kereta, Walaupun Berhenti Di Tepi Jalan
Penghujung tahun lepas, kita telah diberitakan tentang pengharaman telefon pintar dalam kalangan pelajar bawah 15 tahun disekolah oleh kerajaan Perancis. Terbaru, negara tersebut mengumumkan undang-undang yang melarang penggunaan peranti mudah alih di dalam kereta walaupun pemandu itu berhenti di tepi jalan sekalipun. Pemandu dikehendaki meletakkan kenderaan di kawasan parkir terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan peranti…
Huawei Mate 10 Pro Warna Merah Jambu Emas Akan Dijual 8 Februari Ini
Satu lagi variasi warna bagi model Huawei Mate 10 Pro bakal ditawarkan untuk peminat tempatan bersempena dengan kedatangan Hari Kekasih tidak lama lagi. Huawei Mate 10 Pro dengan kemasan warna merah jambu emas (Pink Gold) boleh mula dibeli pada 8 Februari ini dan bersama-sama dengannya, para pembeli berpeluang memenangi hadiah berupa Huawei Watch edisi Swarowski…
