Pada 9 Ogos lalu, Samsung Galaxy Note 9 telah diperkenalkan secara rasmi buat kali pertama di New York. Beberapa fungsi menarik telah didedahkan dan antaranya ialah kapasiti bateri yang terbesar pernah digunakan pada siri Galaxy Note. Bagaimanapun, beberapa tragedi letupan yang melibatkan bateri Galaxy Note 7 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada siri ini….
Intel Core Generasi Ke-9 Dengan Cip Sehingga 8 Teras Menemui Pasaran Seawal Oktober
Intel dikatakan akan memperkenalkan cip siri Core generasi ke-9 mereka pada suku ke empat tahun ini. Cip yang menjadi buah mulut di kalangan orang industri dan peminat akan menampilkan cip dengan kiraan teras tertinggi setakat ini untuk kelas pengguna, Core i9-9900K yang dikatakan akan menggunakan 8 teras / 16 bebenang. Laporan dari Wccftech mengatakan sebanyak…
Apple Tangguhkan Fungsi FaceTime Berkumpulan Pada iOS 12
Apple dijadualkan akan melancarkan sistem iOS 12 bagi peranti mudah alih mereka pada September ini. Namun, agak mengecewakan apabila fungsi FaceTime Berkumpulan-nya tidak akan hadir bersama kemaskini kali pertama bagi sistem tersebut. Menurut laporan 9to5Mac, selain iOS 12, pelancaran fungsi itu untuk sistem macOS Mojave juga akan ditangguhkan. Kedua-duanya cuma akan menerima fungsi tersebut pada…
Cara Untuk Menonton Video Yang Disekat Pada Youtube Tanpa Perlu “Sign-in”
Agak Menjengkelkan sekiranya hajat untuk menonton video di Youtube disekat oleh had umur ataupun muncul arahan memerlukan anda “log-in” terlebih dahulu. Berikut kami kongsikan beberapa cara mudah untuk menonton video yang disekat oleh Youtube. Kaedah 1 Apabila muncul paparan video yang disekat , apa yang perlu anda lakukan ialah dengan huruf “nsfw” pada URL…
Digi Perkenal “Prepaid Internet Reload”, Mudahkan Pengguna Tambah Data Internet
Hari ini Digi telah memperkenalkan satu servis yang dipanggil sebagai Prepaid Internet Reload. Bakal memudahkan pengguna pra-bayar, Prepaid Internet Reload memberikan pilihan kepada pengguna untuk tambah nilai data sahaja. Ia tidak melibatkan pelan panggilan dan mesej. Terdapat dua pilihan, pertama adalah RM3 untuk 3GB dengan tempoh sah sehingga 24jam. Satu lagi pilihan adalah RM10 untuk…
Bagaimana Mahu Mengetahui FPS Peranti Telefon Pintar Tanpa Perlu Proses Root
FPS atau Frame per Second (jangan keliru dengan First-person shooter) merupakan statistik penting bagi aplikasi melibatkan permainan. Ia bagi menentukan kelancaran sesuatu permainan semasa dimainkan. Lebih tinggi kiraan FPS maka hasilnya, permainan nampak lebih lancar tanpa gangguan lag. Untuk komputer biasa, terdapat pelbagai perisian ada di luar sana yang boleh memberitahu berapa kiraan FPS semasa anda bermain permainan tersebut….
