Seiring dengan perkenalan cip pemprosesan berkuasa tinggi terbaru HiSilicon, Kirin 980 semalam, Huawei telah mengesahkan bahawa siri perdana Mate 20-nya akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober ini. Ia akan diadakan secara global di bandar terkemuka England iaitu London. Siri Mate 20 akan merangkumi tiga variasi model berbeza iaitu Mate 20, Mate 20 Pro serta…
Kirin 980 Diperkenalkan, Cip 7nm Pertama Di Dunia Dan 37% Lebih Laju Berbanding Versi Lama
Setelah sekian lama digembar-gemburkan, Huawei akhirnya memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa tinggi, Kirin 980. Dipertontonkan pada acara teknologi IFA Berlin, Kirin 980 merupakan cip pemprosesan pertama yang dilancarkan secara rasmi dengan rekaan berasaskan teknologi 7nm. Direka dengan Cortex-A76 dan Cortex A55, Huawei juga telah membangunkan teknologi Flex Scheduling, ditugaskan untuk mengoperasikan teras mengikut tugasan yang bersesuaian…
Apple Jadualkan Satu Acara Khas Pada 12 September, Mungkin Bagi Pelancaran Model iPhone Terbaru
Apple dilihat telah menjadualkan satu acara ‘misteri’ yang bakal diadakan pada 12 September ini bertempat di Steve Jobs Theater, Cupertino. Perkara itu didedahkan melalui satu poster jemputan media ke majlis tersebut yang tersebar meluas di internet. Kredit : MacRumors Ramai pemerhati yang berpendapat bahawa acara tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tiga model iPhone terbaru serta…
ZenBook Flip Membuat Kemunculan Di IFA 2018
Segar dari pelancaran peranti ZenBook Pro dan VivoBook S di Malaysia, ASUS kini telah memperkenalkan siri ZenBook terbaru mereka, ZenBook Flip. Didatangkan dengan 2 saiz ukuran skrin, 14 dan 15 inci. ZenBook Flip 2018 ini direka 10% lebih kecil berbanding model terdahulu dan mempunyai ciri-ciri paparan NanoEdge yang menampilkan skrin paparan dengan bingkai nipis dan…
Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa Takuk
Honor baru sahaja mendedahkan Magic 2 dengan kamera mekanikalnya di acara IFA semalam. Mungkin tercabar dengan peranti terbaru pesaingnya itu, Presiden Xiaomi, Lin Bin telah mempertontonkan model terbaru mereka, Mi Mix 3 melalui akaun Weibo-nya semalam. Menariknya, Mi Mix 3 juga mempunyai ciri yang hampir sama dengan Magic 2, iaitu kamera swafoto yang tersorok serta…
Honor Magic 2 – Telefon Boleh-Luncur Buat Kemunculan Semula di IFA 2018
Sub-jenama bagi Huawei, Honor membuat kejutan di IFA kali ini apabila mempertontonkan peranti Honor Magic 2 mereka buat kali pertama semalam. Ia merupakan peranti kelas perdana terbaru mereka yang akan menyambung delegasi Honor Magic, model terawal Honor dengan kecerdasan buatan yang dilancarkan pada tahun 2016. Kredit : Honor Namun, perkara paling menarik mengenai peranti ini…
