Diperkenalkan pada pertengahan Oktober yang lalu, Siri Mate 20 sememangnya mendapat pujian daripada ramai peminat peranti mudah alih. Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2018, baru-baru ini terdapat aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa Mate 20 Pro mereka mengalami masalah kehijauan pada skrin. Warna hijau muncul disekeliling skrin apabila pemilik ingin melihat kandungan yang…
Kerajaan Digesa Perluaskan Pelan Gentian Optik Ke Prasarana Lain
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) perlu diperluaskan ke prasarana lain di Malaysia, terutamanya sekiranya negara mahu bersiap sedia melaksanakan teknologi Generasi Kelima (5G), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan edotco Suresh Sidhu. Beliau berkata prasarana menara negara sekarang masih kurang disepadukan dengan gentian optik dan hanya kira-kira 30 peratus hingga 40 peratus menara di negara ini disepadukan dengan gentian optik. “Adalah penting untuk memastikan negara dilengkapkan dengan prasarana telekomunikasi yang betul. “Bagi memenuhi aspirasi harga dan kelajuan kita perlu menggalakkan lebih banyak perkongsian prasarana dan penggunaan akses wayales tetap,” kata Suresh dalam satu kenyataan. Dalam Belanjawan 2019…
Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard
Minggu lalu, Google telah menyerikan lagi aplikasi Gboard mereka dengan Emoji Minis, pelekat emoji berasaskan wajah anda. Emoji ini dicipta menggunakan teknik pembelajaran mesin dan ia bakal menjadikan perbualan mesej anda lebih menarik. Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard. 1. Tekan butang…
Cara Mudah Untuk Membuat Carian Menggunakan Gambar Pada Android
Google merupakan agen carian yang teragung dekad ini, walaupun terdapat banyak lagi agen carian yang seakan dengannya, ia tidak mampu menandingi keunikan yang ada pada Google. Carian menggunakan gambar sememangnya sudah biasa dilakukan mengunakan Google pada PC, namun sekiranya menggunakan peranti pintar ianya agak leceh untuk dilakukan. Berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda melakukan…
Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu
Perbadanan Data Antarabangsa(IDC) telah pun mengeluarkan laporan mengenai penguasaan pasaran suku ketiga 2018 bagi industri telefon pintar global baru-baru ini. Penyenaraian itu dikeluarkan selepas para pengeluar mengumumkan laporan jualan suku ketiga masing-masing pada minggu lepas. Menurut penyenaraian tersebut, Samsung masih kekal mendahului pencabar lain selepas menguasai 20.3% daripada keseluruhan pasaran. Mereka telah mencatatkan penghantaran sehingga…
iPhone Dengan Teknologi 5G Mungkin Hanya Muncul Pada Tahun 2020 Nanti
Ketika pembangun peranti Android berlumba-lumba untuk menjadi pengeluar pertama menghasilkan peranti yang menyokong 5G, Apple pula dilaporkan hanya akan mengeluarkan peranti dengan sokongan itu pada tahun 2020 nanti. Perkara itu dilaporkan oleh Apple Insider melalui Fast Company. Menurut laporan tersebut, Apple bercadang untuk menggunakan modem 8161 5G yang dibangunkan oleh Intel pada model iPhone keluaran…
