Honor hari ini dengan rasminya melancarkan model flagship mereka, Honor V20 (Honor View20 untuk pasaran global) untuk pasaran China. Peranti ini hadir dengan skrin paparan berlubang, menempatkan kamera selfie 25MP. Kamera belakang pula menggunakan lensa Sony IMX586 48MP dibantu dengan lensa TOF 3D. Ia hadir dengan skrin berukuran 6.4 inci bersama sokongan 1080p dan nisbah…
Japan Salahkan Telefon Pintar Sebagai Punca Kemerosotan Penglihatan Pelajar Mereka
Tahap penglihatan pelajar Jepun mengalami kemerosotan dan kerajaan mereka merasakan telefon pintar sebagai punca utama kepada permasalahan itu. Satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi menemui yang peratusan jumlah pelajar yang mempunyai penglihatan di bawah markah 1.0 adalah 25.3%, nilai tertinggi dalam sejarah negara tersebut. Lebih membimbangkan, 67% dari pelajar…
“iPad Pro Yang Bengkok Memenuhi Piawaian Kami”, Naib Presiden Perkakasan Apple
Sewaktu Apple memperkenalkan siri iPad Pro 2018 mereka, mereka dengan bangganya memaparkan peranti yang lebih nipis dan ringan dari generasi sebelumnya. Dengan cip pemprosesan A12X yang baharu, iPad Pro menjadi perhatian kepada pengguna di luar sana. Namun, kenipisan peranti tersebut boleh menjadi senjata makan tuan. Seorang youtuber terkenal, JerryRigEverything membuat satu video yang menguji ketahanan…
Jualan Huawei MateBook Melebihi 1,000 Unit Dalam Tempoh 2 Bulan
Huawei Malaysia telah mendedahkan yang rangkaian MateBook mereka telah berjaya dijual melebihi 1,000 unit dalam tempoh 2 bulan. Siri MateBook ini dilancarkan pada bulan Februari 2018 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya pengguna di Malaysia. Antara yang menjadi ‘pisang panas’ sudah semestinya MateBook X Pro. MateBook X Pro telah dijual lebih dari 60 buah…
Semak Tahap Keselamatan Kata Laluan Anda Di Tiga Laman Sesawang Ini
Kata laluan atau password adalah semakin penting pada hari ini. Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang pernah menggunakan komputer, pasti memiliki sekurang-kurangnya satu kata laluan untuk diingati. Selain diingati, kata laluan ini juga perlu dilindungi sebaik mungkin. Ini kerana sekiranya ia jatuh ke tangan orang lain, akibat buruk yang tidak dijangka mungkin akan menghantui anda. Langkah paling…
Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Dilesenkan Untuk Beri Nikmat Kepada Pengguna Telefon Pintar Yang Lain
Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging atau lebih dikenali sebagai VOOC Charge merupakan satu teknologi pengecasan pantas yang dibangunkan OPPO untuk peranti pintar mereka. Mampu mengecas sepantas 75% kuasa dalam masa 30 minit, VOOC menggunakan arus yang lebih tinggi daripada pengecasan 2.0 biasa. Oleh kerana ia milik sepenuhnya syarikat pengeluar China itu, teknologi VOOC hanya boleh…
