Honor menutup tirai 2018 dengan jayanya menerusi pengenalan Honor View 20. Mendapat sambutan hangat dengan pemasaran melebih 1.5 juta unit bagi pasaran global untuk bulan yang pertama, sebuah lagi peranti dengan Honor 20 Pro dikhabarkan akan menyusul. Berdasarkan imej yang memperlihatkan spesifikasi peranti berkenaan, ia bakal dilengkapi dengan skrin paparan OLED 6.1 inci serta sokongan…
Skype Kini Menyokong Panggilan Video Sehingga 50 Orang Pengguna
Bermula dengan ujian pada bulan Mac yang lalu, Skype kini telah mengumumkan sokongan panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang pengguna dalam satu-satu masa. Ia merupakan sekali ganda daripada jumlah yang disokong sebelumnya. Permulaan untuk panggilan dalam jumlah yang besar juga didatangkan dengan sedikit perubahan seperti deringan ditukar kepada notifikasi. Notifikasi ini memudahkan pengguna untuk turut…
Satu Lagi Penyiar TV Satelit Mungkin Dilancarkan Pada Jun Hadapan
Terdahulu, penyiaran saluran TV secara satelit hanya eksklusif diberikan kepada Astro dan ia telahpun tamat pada 28 Februari 2017. Syarikat pengendali terbabit masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran, berdasarkan lesen-lesen yang dimiliki dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sah sehingga 1 Februari 2020. Berita pada November tahun lalu, ada menyebut empat syarikat lain telah diberikan…
Peranti Xiaomi Dilaporkan Mempunyai Kelemahan Pada Aplikasi Sekuriti Dan Pelayar Internet
Aplikasi sekuriti yang disediakan pada peranti, seharusnya berfungsi melindungi peranti tetapi perkara yang sebaliknya terjadi pada Xiaomi. Menurut penyelidik sekuriti dari Check Point, Slava Makkaveev, aplikasi Guard Provider, mempunyai kelemahan sekuriti yang boleh mendedahkan peranti kepada serangan Man-in-the-Middle (MiTM). Makkaveev menyatakan, oleh kerana sambungan rangkaian trafik pada Guard Provider tidak selamat, pengodam yang berada pada…
YouTube Dengan Ciri PiP Mula Diberikan Kepada Pengguna Biasa Diluar Amerika Syarikat
Ciri Picture-in-Picture pada YouTube sebelum ini hanya terhad disediakan kepada pengguna Premium (terdahulu dikenali sebagai YouTube Red) sahaja dan sekitar Jun tahun lalu, ia dibuka untuk pengguna biasa di Amerika Syarikat. Kini, ciri terbabit dikatakan sudah dikembangkan lagi penawarannya untuk pengguna di Itali berdasarkan laporan dari laman Android Police. Pilihan menu untuk mengaktifkan ciri PiP…
Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat
Penggunaan DNS customs 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai tetapan mudah bagi mengakses ke laman sesawang yang disekat. Namun bagi pengguna Windows 8 dan 10 anda akan mengalami sedkit kerumitan untuk membuat tetapan tersebut berbanding Windows 7. Ini kerana antara muka bagi tetapan tersebut memerlukan banyak maklumat yang perlu dimasukkan bagi…
