Setiap carian, klik dan item yang dibeli pengguna dari semua laman sesawang yang dilawati dijual data pengguna kepada pihak ketiga. Hasil penyelidikan bersama antara pihak Motherboard dan PCMag ke atas pendedahan Jumpshot, didapati data pengguna versi percuma perisian antivirus Avast dan AVG telah dijual kepada pihak ketiga. Ia merupakan dakwaan kedua ke atas Avast dan…
Semua Pengguna Windows 7 Akan Menerima Kemas Kini Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper
Tidak terhad kepada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja. Nampaknya Microsoft terpaksa memberikan satu lagi kemas kini kepada semua pengguna Windows 7 selepas pengguna mengadu mereka berdepan isu tetapan ‘wallpaper‘ Windows 7 yang menyebabkan ia hanya memaparkan warna hitam. “After installing KB4534310, your desktop wallpaper might display as black…
Adakah iPhone 12 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?
Terdahulu terdapat ura-ura siri iPhone 12 akan tampil dengan memori RAM sehingga 6GB. Kini mengambil giliran adalah imej yang mengilustrasikan rekaan model akan datang itu. Dihasilkan oleh LetsGoDigital dan Concept Creator berdasarkan informasi belum rasmi sedia ada, luaran iPhone 12 ini digambarkan mirip seperti iPhone 11. Modul petak masih digunakan tetapi sedikit berbeza dari segi…
Poco X2 Akan Dilancarkan Pada 4 Februari
Poco telah mengumumkan tarikh pelancaran Poco X2 iaitu pada 4 Februari ini di India. Pengumuman tersebut dibuat di Twitter rasmi Poco India dengan hashtag #SmoothAF. Syarikat tersebut juga melancarkan laman web untuk mengumumkan pelancaran Poco X2. Menariknya, ia memberi beberapa butiran yang mungkin merujuk kepada spesifikasi sebenar telefon itu. Pada halaman utama laman web tersebut,…
Bosan Punya Pasal, Pelancong ‘Godam’ Monitor Lapangan Terbang Untuk Main Apex Legends
Menunggu selama berjam-jam di lapangan terbang sudah semestinya akan membuatkan anda bosan. Untuk menghilangkan kebosanan, seorang pelancong lelaki dilaporkan ‘menggodam’ salah satu paparan rasmi yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland untuk bermain Apex Legends. Menggunakan terma ‘godam’ sebenarnya adalah kurang tepat kerana apa yang dilakukannya hanyalah mencucuk kabel HDMI sahaja. Beliau tanpa segan silu…
iPhone SE, 6s Dan 6s Plus Mungkin Akan Terima iOS 14
Setiap tahun pengguna iPhone pastinya menunggu-nunggu kehadiran kemaskini sistem operasi iOS. Sebelum ini, naik taraf kepada iOS 13 telah memperlihatkan sokongan untuk iPhone 5s ditamatkan. Ini sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan pemilik model lama, adakah peranti mereka akan menerima iOS 14 ataupun tidak. Berdasarkan khabar angin terbaru, kesemua model yang menyokong iOS 13, akan menerima…
