Play Protect didapati hanya mampu menyekat 1/3 perisian hasad sahaja. Penyelidik dari AVTest telah menjalankan ujian terhadap 17 aplikasi keselamatan peranti Android. Daripada hasil ujian itu mereka mendapati, kesemua aplikasi alternatif dari pihak ketiga itu mampu meningkatkan lagi keselamatan peranti Android. Ini kerana, dalam ujian itu mereka mendedahkan bahawa ciri keselamatan sedia ada di dalam…
Selepas WhatsApp, WeChat Juga Akan Menawarkan Ciri Tema Gelap Kepada Pengguna iOS Dan Android.
Dijangka akan ditawarkan pada kemas kini akan datang. Aplikasi sembang sosial paling popular di China, WeChat dikhabarkan akan turut menawarkan ciri tetapan tema gelap kepada pengguna mereka. Ia tidak lama selepas aplikasi WhatsApp mula memperkenalkan tema tersebut kepada para penggunanya di seluruh dunia. Ia dimaklumkan oleh pembangun aplikasi tersebut menerusi platfom sodial Weibo yang menyatakan…
Peranti OnePlus Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G
Dalam satu temubual baru-baru ini, Pete Lau yang merupakan CEO OnePlus telah mengesahkan bahawa siri peranti akan datang bakal mempunyai sokongan sambungan 5G. Walaupun tidak didedahkan dengan lebih terperinci mengenai nama peranti OnePlus 5G yang bakal dilancarkan, namun ia hampir pasti OnePlus akan melancarkan versi biasa dan Pro bagi peranti seterusnya, yang dikenali dengan siri…
Beli Salah Satu Siri Galaxy S20 Dan Dapatkan Pad Pengecasan Tanpa Wayar Dan Kad Memori 128GB
Semasa pelancaran roadshow siri Galaxy S20 pada minggu lepas, Samsung Malaysia menawarkan Samsung Smart UHD TV bagi pelanggan awal yang mendapatkan telefon pintar terbarunya itu. Penawaran tersebut terhad kepada beberapa unit sahaja. Turut sama diberikan adalah aksesori berupa pead pengecasan tanpa wayar (RM239) dan kad MikroSD 128GB. Bagi anda yang terlepas dengan penawaran tersebut, jangan…
Seorang Kakitangan SKMM Disahkan Positif Covid-19, Kaunter Aduan Pengguna Ditutup
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SKMM mengesahkan seorang kakitangannya telah didapati positif Covid-19. Kakitangan tersebut telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil. Pengesanan Kontak Terperinci juga telah dilaksanakan untuk memaklumkan kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut, agar menjalani prosedur kuarantin dan saringan kesihatan pada…
Vivo Lancar NEX Browser Dengan Fungsi Sekatan Iklan Dan Antaramuka Ringkas
Dalam acara yang berlangsung semalam, vivo telah melancarkan Vivo NEX 3S. Selain pelancaran peranti baru, syarikat tersebut turut mendedahkan pelayar baru dengan nama NEX Browser. Pelayar NEX ini berasaskan chromium kernel dan bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna. Pelayar ini mempunyai antaramuka (UI) yang sangat minimalis serta boleh digunakan dengan carian teks serta arahan…
