Pada minggu ini kita dapat melihat ramai pengeluar peranti pintar melaksanakan acara perasmian peranti mereka secara atas talian. Antaranya adalah Huawei, realme, dan Xiaomi. Youtube pula dilihat akan mula meletakkan resolusi rendah pada servis penstriman mereka bermula bulan hadapan.
Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Adobe Creative Cloud Versi Windows
Pepijat dalam aplikasi tersebut boleh menyebabkan penggodam memadam fail-fail penggunanya. Beberapa hari lalu, pihak Adobe telah melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna aplikasi Adobe Creative Cloud bagi platfom Windows. Kemas kini tersebut dikategorikan sebagai kritikal kerana didapati pepijat di dalam aplikasi popular yang digunakan oleh para penggiat industri kreatif itu boleh menyebabkan serangan penggodam….
Laman Sesawang Tupperware Diserang Penggodam
Penggodam mencuri data kad kredit pelanggan Tupperware di laman rasmi syarikat tersebut. Penyelidik keselamatan dari Malwarebytes telah mengesan berlakunya serangan ke atas laman sesawang syarikat pengeluar aksesori peralatan dapur popular, Tupperware. Malwarebytes menyatakan, serangan tersebut mensasarkan data-data kad kredit pelanggan Tupperware. Laman Tupperware itu dilawati oleh hampir 1 juta pelanggan setiap bulan. Serangan penggodam itu…
Siri Huawei P40 Dilancarkan – 3 Model Baharu Penawaran Huawei Yang Memfokuskan Fotografi
Siri Huawei P30 memahat namanya sebagai antara peranti yang mempunyai kemampuan yang cemerlang terutamanya P30 Pro. Hampir setahun model ini sudah berada di pasaran, sudah tiba masanya Huawei melancarkan penggantinya iaitu siri Huawei P40. Kali ini Huawei hadirkan 3 model di bawah siri tersebut iaitu Huawei P40, P40 Pro, dan P40 Pro+. Huawei P40 Huawei…
Unifi Sambung Lagi Penawaran Sepanjang Tempoh Lanjutan PKP
Berikutan lanjutan tempoh PKP yang telah diumumkan semalam, unifi akan meneruskan kesemua tawaran yang telah ditawarkan sebelum ini sehingga 14 April 2020. Antaranya adalah, unifi memberi akses percuma data tanpa had bagi pelan prabayar #BEBAS dan 999GB hotspot bagi pelanggan pascabayar. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati saluran TV percuma dan potongan sebanyak 20% bagi…
KPWKM Wujudkan Talian Khas Kaunseling Covid-19 Untuk Beri Sokongan Psikologi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19. Ia bertujuan untuk memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketika ini telah dilanjutkan sehingga 14 April. Dalam kenyataan hari ini, Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun…
