Apple mengingatkan pengguna untuk tidak menutup MacBook, MacBook Air atau MacBook Pro dengan pelindung kamera yang terpasang. Ini kerana, menggunakan pelindung kamera mungkin akan menyebabkan paparan komputer riba MacBook mengalami kerosakan berikutan paparan dan papan kekunci direka rapat antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, menutup kamera terbina itu juga mungkin akan mengganggu sensor ambient…
Berbaloi Atau Tidak Untuk Membeli Peranti Pintar 5G Sekarang Ini?
Cip Snapdragon 865 telah membolehkan banyak model 5G dihasilkan pada tahun 2020 ini. Untuk pasaran Malaysia, peranti seperti Xiaomi Mi 10 dan OnePlus 8 kesemuanya dilengkapi dengan rangkaian 5G. Walaupun rangkaian teknologi 5G di Malaysia masih lagi belum berada pada tahap komersil seperti yang berada pada negara AS atau China, tidak disangkal pada masa akan…
Pengunjung Dilarang Menjerit Ketika Menaiki Roller Coaster Di Taman Tema Jepun
Bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Satu laporan oleh laman Wall Street Journal memaklumkan bahawa semua taman tema di Jepun melarang para pengunjungnya menjerit, khususnya ketika mereka menaiki ‘roller coaster’. Ia bertujuan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebuah video yang dikongsikan oleh sebuah taman tema memaparkan 2 orang eksekutif taman…
Kerajaan Mengumumkan Pelaksanaan Makmal Infrastruktur Digital Negara
Makmal bagi perancangan pembangunan infrastruktur digital yang lebih menyeluruh. Kerajaan menerusi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengumumkan pelaksanaan Makmal Infrastruktur Digital Negara (Makmal) yang akan bermula dari 13 Julai sehingga 14 Ogos depan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan bertindak sebagai pemudah cara untuk menghasilkan rangka kerja bagi pembangunan infrastruktur…
Cara menghentikan Notifikasi berkaitan Aplikasi Pada PC
Khusus kepada pengguna Windows 10 yang berasa jengkel dengan kemunculan aplikasi promosi atau berkaitan aplikasi pada paparan Desktop PC, berikut kami kongsikan cara untuk menghentikannya. Pertama sekali buat carian berkenaan notification & Action Settings. Kemudian pada paparan berikut, nyahaktifkan fungsi berikut. Selesai, sekarang semua notifikasi yang mengganggu anda akan dihentikan paparannya. Itulah sahaja sedikit…
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Wi-Fi 6
Dengan pembangunan teknologi yang begitu pantas, Wi-Fi menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian. Penggunaan peranti dalam seisi rumah juga semakin meningkat. Oleh itu, piawaian terbaru Wi-Fi 6 telah dilancarkan pada tahun lalu dan mula digunakan pada peranti pintar tahun 2020. Namun, pasti ada antara anda yang belum mengenali lebih lanjut mengenai Wi-Fi 6. Teruskan pembacaan…
