September lalu, Apple telah memperkenalkan naik taraf iPad versi asas yang memasuki generasi kelapan. Kini, iPad Gen-8 telah mula dijual secara rasmi di Malaysia. Mengimbas kembali, iPad ini dilengkapi skrin paparan 10.2 inci dan cip A12 Bionic dengan kemampuan pemprosesan Neural Engine. Ia turut menyokong Apple Pencil dan Smart Keyboard yang boleh dibeli secara berasingan….
Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken
Penyelidik keselamatan dari Malwarebytes menemukan eskploitasi ke atas ciri dalam sistem operasi Windows iaitu ‘Windows Error Reporting service‘ (WER). Serangan siber tersebut dikenali sebagai “Kraken”. “…we discovered a new attack called Kraken that injected its payload into the Windows Error Reporting (WER) service as a defense evasion mechanism.” Malwarebytes. WER kebiasaannya akan teraktif apabila berlaku…
MCMC: Sebar Berita Palsu, Tindakan Tegas Boleh Diambil
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya. MCMC menyatakan, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Terdahulu,…
Samsung Galaxy S20 FE Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Berharga RM3,399
Samsung Galaxy S20 FE kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia setelah pra tempahan dibuka sejak dua minggu lalu. Mengimbas kembali spesifikasi, ia dimuatkan dengan skrin paparan 6.5 inci Super AMOLED, resolusi Full HD+, cip Snapdragon 865, RAM 8GB dan 256GB storan serta panel 120Hz. Selain itu, peranti ini turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 25W, bateri…
Laporan Ookla: TIME Disenaraikan Penyedia Jalur Lebar Paling Konsisten Di Malaysia
TIME Internet merupakan salah satu penyedia jalur lebar di Malaysia. Baru-baru ini, mereka disenaraikan sebagai penyedia internet paling konsisten di Malaysia oleh Ookla iaitu peneraju global dalam ujian dan analisis internet. Ia merupakan hasil analisis yang dilakukan Ookla pada suku kedua hingga suku ketiga tahun 2020. Ini menunjukkan salah satu usaha oleh TIME dalam memastikan…
U Mobile Beri Hadiah Kereta Dan Motosikal Kepada Pelanggan
Pada awal bulan ini, U Mobile telah melancarkan kempen We Want U Giveaway yang mana ia menyediakan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM3 juta. Melalui kempen tersebut, pengguna U Mobile hanya perlu berbelanja untuk mendapatkan mata ganjaran. Contohnya seperti menambah nilai, melanggan data, melanggan pelan tambahan serta melog masuk aplikasi MyUMobile setiap hari. Bagi minggu pertama, senarai…
