Menerusi acara Snapdragon Tech Summit yang baru sahaja berlangsung, Qualcomm kini secara rasmi telah mengumumkan cip pemproses Snapdragon 888. Snapdragon 888 akan dimuatkan dengan modem generasi ketiga Qualcomm Snapdragon X60 5G, yang diumumkan pada Februari tahun ini. Cip yang berasaskan binaan proses 5nm ini mempunyai kemampuan untuk memberikan kecekapan tenaga lebih baik serta memperluaskan keserasian…
Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Diumumkan Dengan Harga Rasmi Bermula RM1,800
Nvidia hari ini telah mengumumkan sebuah lagi kad grafik dalam siri RTX 30 iaitu GeForce RTX 3060 Ti. Ia merupakan penawaran paling mampu milik dalam siri itu setakat ini dan direka untuk mengatasi prestasi RTX 2080 dan RTX 2080 Super. Secara purata, Nvidia mengatakan ia adalah 40% lebih pantas berbanding RTX 2060 Super. Melalui spesifikasi,…
Cara menggunakan “Split Browser” Pada iPhone
Tips kali ini, kami kongsikan cara untuk membuka dua pelayar serentak pada peranti iPhone atau iPad. Pertama sekali pasang aplikasi Split Web Browser pada Apps store. Kemudian buka aplikasi tersebut maka anda akan dipaparkan dengan dua tetingkap pelayar internet yang mana boleh digunakan secara serentak untuk membuka laman sesawang yang berbeza. Itulah sahaja sedikit…
Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Wallpaper Khusus Bagi Setiap Ruang Sembang
WhatsApp sebelum ini dikhabarkan bakal memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melakukan tetapan wallpaper khusus bagi setiap ruang sembang dalam aplikasi tersebut. Kini, WhatsApp melalui kemas kini terbaru telah membolehkan pengguna menetapkan wallpaper yang berbeza bagi setiap ruang sembang individu mahupun berkumpulan. Terdapat pelbagai gambar yang tersedia dan boleh digunakan sebagai wallpaper. Selain itu, pengguna WhatsApp juga mempunyai…
Qualcomm Mungkin Mengumumkan Cip Snapdragon 888
Seperti yang diketahui, Qualcomm akan melangsungkan acara tahunan Snapdragon Tech Summit Digital 2020 bermula malam ini. Melalui acara tersebut, Qualcomm bakal mengumumkan cip terkini Snapdragon yang akan dimuatkan pada peranti andalan. Pengganti cip Snapdragon 865 ini dijangka mempunyai binaan berasaskan proses 5nm. Sebelum ini, spekulasi yang bertiup kencang menyatakan cip tersebut adalah Snapdragon 875. Bagaimanapun,…
Siri Lenovo Lemon K12, Pesaing Redmi Note 9 4G Akan Dilancarkan 9 Disember Ini
Beberapa hari yang lalu terdapat ura-ura dimana Lenovo akan hadir dengan telefon mereka yang baharu. Terkini, secara rasmi Lenovo mengeluarkan kenyataan mereka akan melancarkan siri Lenovo Lemon K12 pada 9 Disember 2020 ini. Dikatakan telefon ini akan bersaing dengan Redmi Note 9 4G yang baharu sahaja dilancarkan. Ia akan menggunakan cip pemproses serta kapasiti bateri…
