Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telegram scam

Orang Ramai Diminta Waspada Dengan Skim Pelaburan Palsu Di Telegram – SC

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Anis Maisarah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi amaran kepada orang ramai berkenaan dengan skim pelaburan haram yang dipromosikan secara aktif dalam aplikasi Telegram. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai yang tertipu dan dijanjikan pulangan sehingga 1,000% dalam masa 24 jam.

Berikutan dengan skim pelaburan haram melalui Telegram tersebut, SC telah menerima sebanyak 47 aduan dan pertanyaan mengenai perkara tersebut. Skim pelaburan haram itu telah menyamar sebagai perantara pasaran modal berlesen dengan logo, kelayakan, laman sesawang dan butiran lain yang sama dengan pasaran modal berlesen.

Selain itu, mereka turut mengiklankan pelaburan patuh syariah dan testimoni palsu di Telegram untuk mengaburi pengguna Telegram yang terjebak.

Mereka yang terpedaya akan diminta untuk menghantar mesej kepada wakil skim pelaburan haram tersebut. Selepas itu, deposit wang akan diminta oleh wakil skim pelaburan tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu.

Oleh sebab itu, orang ramai diingatkan supaya merujuk Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur kerana ia mempunyai senarai lengkap laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran sebelum melabur.

Jika anda mengesyaki sebarang modus operandi yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC dengan e-mel kepada [email protected] atau buat panggilan ke 03-62048999.

Sumber : Bernama

Baca juga :

  • Suruhanjaya Persaingan Malaysia Sudah Bertemu Dengan PLUS Dan TnG, Terus Pantau Pelaksanaan RFID
  • Pakar Sekuriti Jelaskan Mengapa Facebook Messenger Sebenarnya Lebih Berbahaya Dari WhatsApp
  • Firma Sekuriti Siber FireEye Digodam, Peralatan Godam Turut Dicuri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY