Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MET MALAYSIA

Orang Awam Jangan Bimbang Dengan Amaran Cuaca Buruk Oleh Kedutaan A.S – MET Malaysia

Diterbitkan Oktober 3, 2022 · Dikemas kini Oktober 3, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan orang awam untuk tidak merasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (A.S) kepada rakyat mereka di negara ini.

Orang awam dinasihatkan untuk bersiap sedia sewajarnya dan tidak panik dengan amaran tersebut.

Ia selepas laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran cuaca akan berlaku musim ribut Siklon Tropika di dalam Lautan Pasifik Selatan bermula 1 November 1 2022 dan berakhir pada 30 April 2023.

Laman sesawang kedutaan A.S itu menyatakan, musim tengkujuh di Malaysia sering disertai dengan ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa bahagian negara termasuk Kuala Lumpur.

Hujan lebat dan ribut petir yang teruk itu juga dikatakan boleh mengakibatkan gangguan elektrik yang meluas dan kekurangan air.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Dalam kenyataan itu juga menasihatkan warga A.S. di Malaysia supaya bersedia lebih awal untuk kemungkinan gangguan utiliti kerana gangguan boleh berlangsung beberapa hari.

MET Malaysia menjelaskan, pada setiap tahun negara mengalami Monsun Timur Laut (MTL) dan MTL 2022/2023 dijangka akan bermula pada pertengahan November 2022 dan berakhir pada Mac tahun hadapan.

MET Malaysia memaklumkan, mereka akan melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku Ribut Petir, Hujan Lebat Berterusan, Angin Kencang & Laut Bergelora serta Siklon Tropika.

Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga A.S di Malaysia.

Sehubungan itu, MET Malaysia menyarakan orang awam mengikut arahan Agensi-Agensi Pengurusan Bencana Negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.

Sumber: MET Malaysia, Kedutaan A.S

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY