Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO X Tom Ford – Konsep Peranti Dengan Paparan Boleh Gulung

OPPO X Tom Ford – Konsep Peranti Dengan Paparan Boleh Gulung

Diterbitkan Disember 28, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada November yang lalu, OPPO telah memperkenalkan konsep peranti dengan teknologi paparan OLED boleh gulung menerusi acara OPPO INNO Day.

Terbaru, Letsgodigital telah mendedahkan sebuah konsep peranti baharu daripada OPPO yang direka khas dengan kerjasama pereka fesyen Amerika terkenal – Tom Ford.

Berdasarkan imej yang didedahkan, terdapat 3 kamera pada bahagian belakang yang dilihat seakan beg tangan dengan dilengkapi struktur butiran kayu dan panel belakang disalut kulit.

Malah, pada modul kamera tersebut juga hadir dengan tulisanĀ “OPPO X Tom Ford – concept design Shakira”. Perlu diingatkan bahawa ini hanyalah imej komputer yang dihasilkan Letsgodigital.

OPPO X Tom Ford – Konsep Peranti Dengan Paparan Boleh Gulung

Bagi paparannya pula, ia boleh diluncurkan ke atas untuk memperluaskan lagi permukaan skrin dan ia sedikit berbeza berbanding yang diperlihatkan OPPO semasa acara tersebut dimana paparan diluncur pada bahagian sisi peranti.

Tambahan lagi, peranti ini sememangnya seakan beg tangan wanita dimana ia turut dilengkapi dengan binaan besi dan juga fabrik. Pada bahagian sisi peranti juga dilengkapi dengan slot kad SIM.

Galaxy Z Fold2 Thom Browne Edition_Product_Family
Galaxy Z Fold 2 Thom Browne Edition

OPPO bukanlah jenama pertama yang bekerjasama dengan pereka fesyen kerana Samsung sebelum ini juga pernah berbuat demikian dalam model peranti Thom Browne Edition.

Buat pengetahuan, Tom Ford adalah salah satu pereka fesyen Amerika terkenal yang telah banyak buat rekaan untuk jenama mewah dari Itali iaitu Gucci.

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY