OPPO Reno6 Pro Boleh Dibeli Minggu Depan, Masih Ada Hadiah Percuma

OPPO Reno6 Pro sudah pun masuk buat pasaran tempatan beberapa hari lalu dan pra-tempah juga bermula sehingga 23 Ogos ini. Jangan risau jika anda terlepas tempahan tersebut kerana ia mula dijual secara rasmi minggu hadapan.

Bermula 24 Ogos hingga 31 Ogos 2021, pelanggan yang membeli OPPO Reno6 Pro melalui kedai rasmi OPPO Brand Stores, gedung dalam talian OPPO atau Lazada berpeluang untuk menerima hadiah percuma seperti:

  • OPPO Enco Air

  • Beg Marshall

  • Mighty Mug

  • Storan awan 1TB HeyTap Cloud

  • Baucar RM50 GrabFood


Kesemua hadiah percuma itu sama dengan pelanggan yang sudah membuat pra-tempahan.



Tambahan lagi, pelanggan yang membeli mana-mana produk OPPO di Lazada mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2021 juga layak menerima cabutan bertuah yang merangkumi 1x Marshall Stanmore II, 4x Marshall Emberton atau 2x Marshall Crosstown Backpack.

Imbas kembali penawaran Reno6 Pro, ia dikuasakan cip Snapdragon 870, skrin 6.5 inci AMOLED 90Hz bersama-sama 12GB RAM dan storan 256GB.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga: