OPPO Umumkan Reno6 Pro, Dapatkan Hadiah Eksklusif Menerusi Lazada Bernilai Sehingga RM1,099

OPPO hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru bagi siri Reno6 iaitu OPPO Reno6 Pro untuk pasaran tempatan.

Reno6 Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870 5G , dilengkapi dengan kamera hadapan 32MP, kamera utama 50MP yang menggunakan sensor SonyIMX766, kamera bersudut lebar 16MP, kamera telefoto 13MP dan kamera makro 2MP dengan sensor Color Temperature.



Istimewanya Reno6 Pro adalah ia dilengkapi dengan pelbagai ciri rakaman video menarik seperti Bokeh Flare Portrait Video, AI Highlight Video yang dipertingkatkan keupayaannya serta Focus Tracking.

Sekaligus menjadikannya sebagai salah sebuah peranti terbaik untuk merakam video.

Selain itu ia juga dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.5 inci dengan kadar segar 90Hz, 12GB RAM dan storan 256GB serta bateri berkapasiti 4500 mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W.

OPPO Reno6 Pro ini ditawarkan dalam 2 pilihan warna menarik iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey yang dijual pada harga RM2,999.00.

Ia sudah boleh dipra tempah bermula dari 17 Ogos sehingga 23 Ogos 2021 ini.



Sempena pelancaran OPPO Reno6 Pro di Malaysia ini, OPPO turut menawarkan hadiah eksklusif percuma bernilai sehingga RM1,099.00 kepada pembeli yang membuat tempahan awal menerusi Lazada, stor fizikal OPPO dan OPPO Brand Stores.

Antara hadiah eksklusif itu termasuklah sepasang fon telinga TWS Enco Air, sebuah beg galas Marshall, storan awan Hey Tap 1TB, perlindungan skrin OPPO Care untuk tempoh satu tahun dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, OPPO juga turut menawarkan pembelian dengan pembelian (PWP) secara eksklusif di Lazada di mana pembeli yang Reno6 Pro di Lazada boleh membeli fon telinga OPPO Enco Buds hanya pada harga RM1.00 dan OPPO Enco Air hanya pada harga RM29.00 sahaja.

Malah istimewa kepada pengguna kad kredit Standard Chartered, anda layak mendapat diskaun sehingga RM100.00.

Menjadikannya lebih menarik dengan setiap pembelian ke atas OPPO Reno6 Pro di Lazada, anda layak menyertai cabutan bertuah di mana anda berpeluang memenangi salah satu daripada 3 barangan Marshall berikut:-

  • 1x Marshall Stanmore II bernilai RM1,999

  • 4x Marshall Emberton bernilai RM799 setiap satu 

  • 2x beg galas Marshall Crosstown bernilai RM399 setiap satu 




Untuk info lanjut spesifikasi OPPO Reno6 Pro, sila layari laman rasmi OPPO Malaysia.