Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirTag Wide

OPPO Mahu Ikut Apple Dan Samsung Untuk Alat Penjejak Barang

Diterbitkan April 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Awal tahun ini, Samsung telah memperkenalkan penjejak barangan atau peranti menerusi Galaxy SmartTag. Ia kemudian diikuti Apple pula melalui AirTag.

Terbaru, DigitalChatStation mendedahkan bahawa OPPO juga mahu mengeluarkan peranti sedemikian supaya tidak ketinggalan dengan trend ini.

Peranti itu dijangka dinamakan sebagai OPPO Smart Tag. Luarannya tampil dengan rekaan bulat mirip AirTag. Bahagian bawahnya pula hadir port pengecasan USB-C.

OPPO SMART TAG 2

Itu adalah perbezaan ketara berbanding penjejak daripada Apple dan Samsung dimana mereka menggunakan bateri CR2032. Sementara OPPO, baterinya terbina di dalam.

OPPO SMART TAG 1

Selain itu, ia turut akan menawarkan sambungan UWB (Ultra Wide Band) bagi memberikan lokasi yang lebih tepat berbanding penjejak Bluetooth.

Buat masa sekarang, tiada spesifikasi lain yang didedahkan serta harganya. Apa-apa pun, mungkin OPPO bakal memperkenalkannya tidak lama lagi.

Sumber: gsmarena

Foto utama: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY