OPPO Reno5 Pro+ Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 865

Terdahulu, peranti terbaharu OPPO iaitu OPPO Reno5 telah mendapat kelulusan di beberapa negara dan bakal tiba di pasaran tidak lama lagi.

Terkini, laporan daripada blogger Weibo terkenal - Digital Chat Station telah mendedahkan sebahagian spesifikasi bagi OPPO Reno5 Pro+.



Berdasarkan laporan tersebut, terdapat tiga siri Reno5 yang masing-masing dikuasakan cip Snapdragon 765G, Dimensity 1000+ dan Snapdragon 865.

Tambahan lagi, peranti andalan dengan Snapdragon 865 menampilkan kadar segar semula 90Hz dan skrin melengkung beserta paparan berlubang yang menempatkan 32MP lensa swafoto.



Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi 50MP AI kamera-quad dan dimuatkan bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Rekaannya juga nipis dan berat hanya 180g. Sementara Reno5 Pro hadir dengan 64MP AI kamera-quad manakala Reno5 versi standard tampil dengan skrin rata. Kesemuanya menyokong pengecasan pantas 65W dan dijangka akan dilancarkan pada Disember ini.

Sumber: weibo