Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
reno5 f

OPPO Reno5 F Akan Dilancar, Rekaan Baharu Dengan 4 Kamera

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Mungkin ada yang sudah memiliki telefon OPPO Reno5 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu.

Nampaknya OPPO tidak berhenti di situ kerana OPPO Reno5 F akan dilancarkan tidak lama lagi.

Buat pertama kalinya, syarikat dari China ini akan melancarkan telefon baharu di luar pasaran Asia kerana Reno5 F akan membuat penampilan di Kenya, Afrika.

reno5 f 1

Ini bukan menjadi rahsia lagi kerana telefon ini sudah pun berada di laman OPPO Kenya sendiri yang mana pelancaran adalah pada 22 Mac.

Seperti yang dilihat, Reno5 F tampil berwajah baru yang jelas mempunyai 4 tetapan kamera belakang dimana kamera utama 48MP, 8MP ultra-lebar, 2MP potret monochrome dan 2MP makro.

Bahagian hadapan, paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP. Ia akan menggunakan panel AMOLED bersaiz 6.4 inci.

reno5 f 2

Selain itu, Reno5 F akan menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11. Bagi bateri pula, ia dimuatkan 4310mAh dan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0.

Tiada maklumat lain didedahkan dan OPPO Reno5 F akan dijual dengan harga KSh 41,999 (~RM1550).

Namun, belum ada kepastian sama ada telefon ini akan tiba buat pasaran di Malaysia.

Sumber: OPPO via gizmochina

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY