Untuk varian negara China, terdapat 2 model yang diumumkan iaitu Reno3 dan juga Reno3 Pro. Versi global hanya memperkenalkan satu sahaja varian iaitu Reno3 Pro.
Perbezaan kedua-dua varian ini terletak pada skrin, cip pemprosesan, kamera, dan juga sokongan rangkaian.
OPPO Reno3 Pro versi global mempunyai skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dengan nisbah 20:9. Ia juga dimuatkan dengan rekaan kamera berlubang berbentuk pil. Resolusi pula adalah pada FHD+ dan turutmempunyai pengimbas cap jari di dalamnya.
Selain itu, peranti juga menggunakan cip MediaTek Helio P95 yang baru sahaja diumumkan, bukannya cip Snapdragon 765G. RAM tersedia dalam 8GB dengan pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB. Terdapat juga sokongan microSD untuk penambahan memori jika perlu.
Kamera juga sedikit berbeza. Ia masih mengekalkan tetapan kuad kamera belakangnya namun kini ia dimuatkan dengan 64MP (f/1.7) utama pula. Lensa lain-lain adalah sama dengan 13MP (f/2.4) telefoto (2x zum optikal), 8MP (f/2.2) ultralebar, dan 2MP (f/2.4) monokrom depth.
Kamera swafoto juga menerima naik taraf. Ia mempunyai sensor 44MP yang dipadankan dengan 2MP (f/2.4) lensa depth.
Dengan janaan cip Helio P95, secara automatiknya ia tidak menyokong rangkaian 5G tidak seperti varian model China.
Untuk bateri, OPPO Reno3 Pro dilengkapi dengan kapasiti 4,025mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W melalui VOOC Flash Charge 4.0. Peranti walau bagaimanapun tidak menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.
Dari segi perisian, peranti menjalankan ColorOS 7 yang berasaskan Android 10.
OPPO Reno3 Pro dijual di India pada harga INR 29,990 (~RM1,749) untuk versi 8GB/128GB dan INR 32,990 (~RM1,923) untuk versi 8GB/256GB. Ia tersedia dalam 3 pilihan warna Auroral Blue, Midnight Black, dan Sky White.
Sumber: OPPO Reno3 Pro
Berkaitan
- HONOR MagicBook 14, MagicBook 15, Dan MagicBook Pro Diumumkan Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max
- vivo V20 Dan V20 Pro Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia 20 Oktober 2020
- Program i-Sinar KWSP Kini Diperluaskan, Boleh Keluarkan Sehingga RM10,000 Dari Akaun 1
- Poco F2 Pro Pada RM1999, Redmi 9 Berharga RM459 Sempena Jualan Pertengahan Tahun Xiaomi
- Redmi Note 9 Pro Dijual Berharga RM 1099 Di Malaysia, Redmi Note 9 Pula Bermula RM 649
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- Samsung Lancarkan 980 Pro, SSD NVMe Berasaskan PCIe 4.0 Dengan Kelajuan Baca Sehingga 7000MB/s
- OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Panel 120Hz