Oppo R17 Pro Bakal Disokong Oleh Tri-Kamera Utama Dengan Fungsi Sama Seperti Galaxy Note 9

Samsung Galaxy Note 9 telah diperkenalkan dengan sokongan kamera utama yang mempunyai fungsi aperture atau bukaan boleh ubah. Tujuannya adalah untuk memberi gambar yang terbaik mengikut kesesuaian suasana pengcahayaan mahupun ciri gambar yang dimahukan oleh pengguna seperti bokeh.

Sokongan yang serupa dikatakan akan didatangkan bersama peranti Oppo R17 Pro yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Ia telah disahkan sendiri oleh pihak Oppo menerusi satu video acah yang dikeluarkan bagi peranti tersebut.

https://youtu.be/-tr9Tw_7U7g

Kredit : TECHNO AID@Youtube


Berbeza dengan edisi R17, Oppo R17 Pro akan menggunakan rekaan tri-kamera utama dengan salah satu daripadanya akan membenarkan bukaan lensa diubah diantara f//1.5 - f/2.4. Bukaan f/1.5 adalah untuk kegunaan ketika cahaya rendah dan f/2.4 pula akan digunakan bagi menghasilkan gambar pada cahaya terang atau mengambil gambar dengan fungsi bokeh.

Selain daripada itu, Oppo R17 Pro juga dijangka akan hadir dengan cip yang lebih baik berbanding Snapdragon 710 yang digunakan pada model R17. Manakala antara ciri lain yang dilaporkan akan dimiliki oleh peranti ini ialah penggunaan skrin AMOLED 6.4 -inci serta fungsi pengimbas cap jari pada dalam skrin.

Menurut sumber, Oppo akan merasmikan peranti ini pada 23 Ogos ini di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke peringkat global. Untuk perkembangan lanjut, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Oppo Malaysia.

 

Sumber