1) Macintosh Portable (1989-1991)
Sebuah produk yang memiliki berat lebih kurang 7kg dan memiliki ketabalan 4 inci, ianya bukanlah protable. Namun, jika dilihat, ianya adalah pioneer dalam penghasilan Macbook yang kini disanjung ramai.
2) Apple ‘Hockey Puck’ Mouse (1998-2000)
Tetikus dari Apple ini yang seakan-akan sebiji epal sangat tidak mesra pengguna. Dengan saiz yang kecil dan sukar di kawal menjadikannya antara produk Apple yang gagal.
3) Apple eMate (1997-1998)
eMate dari Apple ini adalah sebuah kombinasi komputer riba dan PDA. Ianya bukanlah sebuah produk yang teruk. Namun, kerana pasarannya hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, penjualan produk ini sangat rendah dan terhad sehinggakan ianya di buang daripada pasaran setahun selepas ia dikeluarkan.
4) 20th Anniversary Macintosh (1996-1997)
Produk ini juga dikenali sebagai TAM sempena meraikan ulang tahun Apple ke-20. Ianya bukanlah sebuah mesin yang teruk namun dengan harga mencecah $8000, ianya kurang mendapat sambutan. Tetapi mengikut sejarah, pereka asal produk ini adalah Jony Ive iaitu Chief Design Officer di Apple. Jony Ive adalah orang penting Apple dalam mencipta iPod, iPad, iPhone dan Macbooks. Tidak semua orang boleh terus berjaya tanpa kegagalan bukan?.
11) The U2 iPod (2004)
Edisi khas U2 iPod ini dikeluarkan sempena kumpulan rock U2 yang berharga $50 lebih dari model asal. Tiada perbezaan antara model ini dan model asal, cuma ianya memiliki warna hitam dan tandatangan dari kumpulan tersebut. Maka penjualan produk ini tidak mencapai jangkaan Apple.
Berkaitan
- OPPO Anjurkan Pertandingan 4 Cam 4 Styles, Tawaran Hadiah Menarik
- HUAWEI Beri Peluang Peminat Menangi Hadiah Menarik Termasuk Huawei P30 Pro & USD20,000 Dengan Cara Paling Mudah
- U Mobile Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik Untuk Pengguna E-Dompet GoPayz
- Vivo S1 Pro, Apa Yang Menarik?
- Vivo Adakan Roadshow Bersama SenQ (Sarawak) Dan Urban Republic (Johor), Tawar Pelbagai Hadiah Menarik
- Intisari Acara ASUS #WeLovePhoto Di Taiwan- Antara Yang Menarik Tentang Variasi Model Zenfone 4 Dan ZenUI 4.0
- Sony Mula Dedahkan Spesifikasi PS5, Bakal Hadir Dengan Beberapa Ciri Menarik
- Canon Perkenalkan Pencetak All-in-One Dengan Variasi Warna Menarik Serendah RM369
- IQOO Bakal Lancarkan Peranti Pertama, Hadir Dengan Spesifikasi Menarik
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Bakal Terima Dua Fungsi Menarik Menerusi Kemaskini