OPPO Malaysia Kini Tawarkan Reno4 Dengan Harga RM1499

OPPO Reno4 hadir buat pasaran tempatan pada Ogos yang lalu dengan tanda harga RM1699. Telefon kelas pertengahan ini kini ditawarkan harga baharu iaitu RM1499.

Bukan itu sahaja, OPPO Reno4 Pro turut menerima potongan harga iaitu RM2099 dimana sebelum ini ia dijual pada tanda harga RM2399.



Mengimbas kembali spesifikasi, Reno4 dilengkapi paparan AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Berbekalkan bateri 4000mAh, ia turut menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Sementara versi Pro dimuatkan bateri 4015mAh tetapi hanya pengecas pantas 30W sahaja.

Sekiranya anda berminat, siri OPPO Reno4 boleh dibeli melalui laman rasmi OPPO Malaysia atau laman e-dagang Shopee dan Lazada.

Sumber: Facebook OPPO Malaysia