Oppo Lancar 3 Jenis Teknologi Pengecasan Pantas

Syarikat pengeluar peranti pintar global yang terkemukaiaitu  OPPO hari ini telah mengumumkan pelancaran tiga teknologi pengecasan pantas yang baru Fast Charge 2.0 SuperVOOC 65W , Caj Flash VOOC Wireless 30W dan Caj Flash VOOC 4.0, yang menunjukkan kesungguhan OPPO dalam terus memperkemaskan teknologi pengecasan pantasnya dan mengukuhkan kedudukannya dalam ruang teknologi pengecasan pantas kerana industri mudah alih memasuki era 5G.

SuperVOOC 2.0,  akan dilancarkan pada peranti mercu terbarunya iaitu OPPO Reno Ace yang akan dilancarkan tidak lama lagi Ia merupakan teknologi pengecasan terpantas di pasaran buat ketika ini kerana mampu mengecas penuh peranti yang mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh dalam masa 30 minit. SuperVOOC 2.0 bukan sahaja menjana prestasi pengecasan yang lebih baik, tetapi juga mempunyai ciri keselamatan ketika menggunakannya. OPPO telah meletakkan lima  perlindungan keselamatan pada adapter, kabel pengecas dan peranti OPPO Reno Ace itu sendiri untuk memastikan keselamatan maksimum semasa mengecas.



VOOC Wireless 30W pula adalah salah satu teknologi pengisian tanpa wayar terbaik di pasaran. Teknologi terbaru ini membolehkan pengecasan tanpa wayar setanding dengan pengecasan berwayar dari segi kelajuan pengecasan. Caj Flash VOOC Wireless 30W mampu mengecas bateri berkapasiti 4000mAh untuk mencapai cas penuh dalam masa 80 minit. Bersesuaian dengan pengecasa standard QI, ia juga menyokong kuasa pengecasan 5W atau 10W.

Manakala VOOC 4.0, pula telah mendapat penambahbaikan dan akan dilancarkan dengan OPPO K5, diletakkan sebagai pemangkin bagi teknologi Flash Charge untuk generasi akan datang. Menurut , Ketua Pasukan Teknologi Pengecasan Pantas OPPO Zhang Jialiang, beliau  berkata:

"Teknologi VOOC Flash Charge telah mendapat penambahbaikan semula berdasarkan permintaan pengguna dan ini telah memberikan OPPO untuk menerajui teknologi pengecasan pantas kepada lebih daripada 145 juta pengguna di seluruh dunia. OPPO juga akan terus meningkatkan VOOC, SuperVOOC dan VOOC Wireless untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai aspek pada masa hadapan."



VOOC 4.0 membolehkan bateri 4000mAh dicas 67% dalam masa 30 minit dan mencapai 100% dalam masa 73 minit iaitu 12% lebih cepat daripada generasi sebelumnya. Algoritma pengecasan ini yang dioptimumkan berfungsi untuk mengurangkan masa pengecasan yang diperlukan untuk mengecas 10% kapasiti terakhir bateri. OPPO juga telah mengurangkan rintangan dalaman keseluruhan sistem pengecasan dan mengurangkan penjanaan haba melalui adapter dan reka bentuk sel bateri yang canggih. Walaupun pengguna menggunakkan peranti ketika mengecas, ia mampu mengawal suhu dengan baik.

OPPO akan terus mengoptimumkan tiga teknologi VOOC terbaru ini bersesuaian dengan permintaan pengguna dan akan terus membangunkan iteknologi ini untuk memberikan pengalaman baru kepada pengguna.

Sumber: OPPO