Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno Hadir Dengan Pilihan Warna Baru “Sunset Rose”

OPPO Reno Hadir Dengan Pilihan Warna Baru “Sunset Rose”

Diterbitkan Jun 26, 2019 ยท Dikemas kini Jun 26, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini, Oppo telah melancarkan siri terbaru mereka iaitu Reno yang menampilkan dua model iaitu Oppo Reno(Standard Edition) dan juga Oppo Reno 10x Zoom. Siri Oppo Reno ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna apabila ia telah laris dijual di Malaysia. Siri Oppo Reno sedia didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu, Ocean Green dan juga Jet Black.

Pada kali ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan satu lagi edisi warna baru untuk siri OPPO Reno yang akan dikenali sebagai Reno Sunset Rose dan warna ini hanya akan ditawarkan untuk model standard sahaja.

OPPO Reno Hadir Dengan Pilihan Warna Baru “Sunset Rose”

 

Menurut OPPO, variasi warna baru itu dianggap sebagai simbol cinta, golongan muda dan kreativiti. Penawaran baru ini dijangka dapat menarik minat lebih ramai pembeli kerana keunikan warna “matahari terbenam” tersebut.

Selain itu, artis dan juga pelakon, Nelydia Senrose akan membuat penampilannya pada acara pelancaran bagi model ini dan dipilih menjadi duta bagi model Sunset Rose ini.

OPPO Reno Hadir Dengan Pilihan Warna Baru “Sunset Rose”

Oppo Reno Sunset Rose ini bakal tiba di pasaran pada 2 Julai ini, dan pra tempahan akan bermula dari 27 Jun hingga 1 Julai 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY