Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Laksana MoE Pada Peranti, Permudah Akses Kepada AI

OPPO Laksana MoE Pada Peranti, Permudah Akses Kepada AI

Diterbitkan Oktober 25, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO mencatat sejarah dengan menjadi syarikat pertama yang melaksanakan Mixture of Experts (MoE) secara terus pada peranti. Langkah ini meningkatkan kecekapan pemprosesan AI, membuka peluang baharu untuk AI yang lebih canggih dan fleksibel, serta menyediakan asas untuk integrasi AI masa depan dalam perkakasan mudah alih.

OPPO Laksana MoE Pada Peranti, Permudah Akses Kepada AI

Dalam dunia teknologi yang semakin berkembang, semakin banyak tugas AI dijalankan secara langsung pada peranti. Namun, model AI berskala besar memerlukan kuasa pengkomputeran yang tinggi, yang boleh menjejaskan prestasi, terutama pada peranti dengan sumber perkakasan terhad. Untuk mengatasi masalah ini, OPPO menawarkan seni bina MoE secara terus pada peranti.

MoE berfungsi dengan mengaktifkan sub-model khusus (“pakar”) untuk menangani tugas tertentu, meningkatkan kecekapan pemprosesan serta mengurangkan penggunaan kuasa dan pemindahan data. Ujian makmal menunjukkan bahawa pelaksanaan MoE mempercepatkan kelajuan tugas AI hingga 40%, mengurangkan permintaan sumber dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Inovasi AI yang dibawa OPPO membolehkan lebih banyak peranti dari kelas utama hingga bajet dan menjalankan tugas AI yang kompleks. Dengan pelaksanaan MoE, AI canggih kini lebih mudah diakses kepada pengguna umum, mempercepatkan penerimaan teknologi AI secara menyeluruh dalam industri.

Melalui pelancaran ciri-ciri berasaskan AI dalam barisan telefon pintar mereka, OPPO dilihat bakal memberikan akses teknologi AI kepada semua peranti baharu yang bakal dilancarnya kelak.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI - Image Playground, Genmoji, ChatGPT
  • HONOR X9c 5G Bakal Hadir Dengan Jaminan Tiga Tahap Keselamatan
  • Storan SSD China Makin Popular, Ini 10 Jenama SSD Teratas Di Pasaran Menurut TrendForce
  • Salaam Market, Pasaran Digital Halal B2B Pertama Di Malaysia

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY