OPPO Enco W51 Kini Di Malaysia Berharga RM369 - Fon Telinga TWS Dengan Fungsi Pembatalan Hingar Aktif

Semasa pelancaran OPPO A93 awal Oktober lalu, pihak OPPO turut mengacah kehadiran Enco W51 iaitu sebuah fon telinga dengan fungsi pembatalan aktif hingar (ANC).

Kini, pihak OPPO Malaysia telah mula memperkenalkannya secara rasmi dengan harga RM369. Ia merupakan fon telinga pertama dari OPPO yang mempunyai fungsi ANC.



Selain itu, fon telinga juga dilengkapi dengan 3 mikrofon dengan teknologi pengurangan hingar untuk panggilan suara yang lebih jelas.

OPPO Enco W51 disertakan dengan Bluetooth 5.0 dan ketahanan bateri sehingga 24 jam termasuk dengan penggunaan pod pengecas.

OPPO Enco W51 didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu Floral White dan Starry Blue. Jika berminat, boleh dapatkannya di kedai rasmi OPPO dan pengedar sah rasmi jenama berkenaan.

Sumber: OPPO Malaysia

Berkaitan