OPPO Buka Kedai Flagship Di The Gardens Mall 30 November Ini

OPPO memperluaskan usaha mereka untuk merapatkan lagi hubungan antara pengguna dan peranti dengan membuka kedai utamanya di The Gardens Mall pada jam 3 petang, 30 November 2019 ini.

Membawa satu konsep reka bentuk humanistik yang inovatif, ia merupakan sebahagian daripada usaha OPPO untuk menaik taraf pasaran digital di Malaysia.

OPPO teruja untuk melancarkan kedai utama pertamanya di Malaysia dengan menyediakan pengalaman yang baik bukan hanya di dalam kedai malah di zon perkhidmatan pelanggan juga.

Kedai utama yang berinovatif ini dibuka bertujuan mewujudkan satu ruang interaktif untuk pelanggan meneroka dan berinteraksi dengan produk OPPO yang terkini.

OPPO menyatakan hasrat untuk mewujudkan lebih banyak ruang interaksi dengan pengguna dan dalam pada masa yang sama, mereka ingin mempamerkan produk-produk terbaru serta memberi pengalaman dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, khusus untuk berkhidmat dalam menepati cita rasa pelanggan.