Berdasarkan laporan dari laman yang terkenal dengan pendedahan paten telefon - LetsGoDigital, LG telah pun mempatenkan rekaan telefon mereka yang baharu dengan paparan boleh gulung.
Paten itu menunjukkan paparan fleksibel yang dapat digulung sebahagiannya serta disembunyikan ke dalam kerangka telefon. Jika tidak ditarik, ia hanyalah seperti telefon pintar biasa.
Namun, perbezaannya di sini adalah mekanisme tatal dan gelongsor pada telefon pintar ini membolehkan ia ditarik ke kiri dan kanan.
Apabila ditarik keluar, kawasan skrin diperbesar 100 peratus. Ketika skrin ditarik keluar, kedua-dua bingkai skrin kiri dan kanan dipanjangkan, sehingga skrinnya dilindungi dengan baik oleh kerangkanya.
Teknologi ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana LG sememangnya jenama yang terkenal dengan pembuatan paparan. Mereka juga telah pun melancarkan TV OLED boleh gulung pertama di dunia.
Sumber: LetsGoDigital
Berkaitan
- LG Tone Free Earbuds Dengan Pembersih UV Terbina Hadir Di Malaysia, Berharga RM 799
- LG Umumkan Peranti Kelas Permulaan - K62, K52, K42
- LG Tidak Hentikan Pembangunan Telefon Dengan Paparan Boleh Gulung
- Samsung Dan LG Dilapor Sedia Bekalkan Paparan Berlubang Untuk iPhone 14
- LG Dilapor Sedang Membangunkan Teknologi OLED Baharu
- LG TV 8K NanoCell Kini Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM 21,999
- LG Makin Hampir Untuk Keluar Dari Perniagaan Telefon Pintar
- LG UltraGear Perluaskan Industri e-Sukan Melalui Kerjasama Dengan Gen.G
- TV OLED 8K LG Yang Terbaharu Sedia Sokong Kad Grafik Nvidia RTX 30
- Bukan Telefon Sendiri, LG Mungkin Jual iPhone Pula Di Kedai Mereka