OPPO Akan Lancarkan Fungsi Hyper Boost Untuk Optimumkan Prestasi Peranti

Jika Huawei ada GPU Turbo, OPPO pula bakal memperkenalkan teknologi Hyper Boost.

Teknologi ini mula diperkatakan setelah media di China menerima jemputan ke acara Hyper Boost Tech Meeting yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober ini.



Poster iklan telahpun beredar di internet dan terjemahannya "Kearah era pecutan". Mungkin seperti GPU Turbo daripada Huawei, Hyper Boost dijangka mengoptimumkan prestasi cip pemprosesan dan grafik yang ada pada peranti.

Dikhabarkan juga, OPPO berkemungkinan hadir dengan telefon pintar gaming.

Sumber: MyDrivers dan GSMArena