OPPO A98 5G Berharga RM1399, Dilengkapi Snapdragon 695 Dan SuperVOOC 67W

OPPO A98 5G baru saja diperkenal di Malaysia sebentar tadi untuk harga RM1399. Ia dipasangkan bersama cip Snapdragon 695 5G.

Telefon ini menjalankan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Selain itu, ia menyokong 5G dan mempunyai NFC.

oppo a98 5g harga

Di dalamnya termuat ROM sebesar 8GB dan ROM sebesar 256GB. Tak lupa juga, RAM padanya boleh diperluas ke 16GB melalui RAM maya sehingga 8GB.

oppo a98 5g harga

Apa yang ditawarkan ialah skrin LCD dengan kadar segar 120Hz bersaiz 6.72". Paparan beresolusi FHD+ ini mempunyai puncak kecerahan 680 nit dengan ketumpatan piksel 391 PPI.

harga oppo a98 5g malaysia

Bagi audio pula, OPPO memasukkan pembesar suara stereo pada telefon kelas pertengahan terbaru mereka bersama ciri Ultra Volume Mode 2.0 yang akan melonjakkan kelantangan melebihi 100% yang asal.

Pada panel yang sama ialah kamera swafoto 32MP.

cas laju oppo a98 5g

Bateri dilengkapkannya sebesar 5000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W. Menurut syarikat itu, 100% dapat dicapai dalam 44 minit.

biru Dreamy Blue dan

Di belakangnya terdapat tiga kamera iaitu 64MP utama, 2MP kedalaman dan 2MP mikrolens (40x).

https://www.facebook.com/OPPOMalaysia/videos/6164658570291636

48-Month Fluency Protection pula ialah OPPO menjamin bahawa telefon akan beroperasi dengan lancar selama 4 tahun seperti baru dikeluarkan dari kotak. Namun, bukanlah bermakna tiada lag langsung, kata OPPO.

harga oppo a98 5g malaysia

OPPO A98 5G tersedia dalam 2 warna iaitu hitam Cool Black dan biru Dreamy Blue. Spesifikasi lanjut ada di laman web OPPO.

Anda boleh beli atau lihat dulu OPPO A98 5G melalui:



Sumber: OPPO

{suggest}