OPPO A95 Dirasmi, RAM Boleh Ditambah Sehingga 5GB

OPPO hari ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu OPPO A95 dengan harga RM1,099. Ia dikuasakan Snapdragon 662, RAM 8GB+5GB dan ROM 128GB dan skrin 6.43 inci dengan 90.8% nisbah skrin serta resolusi 2400×1080.

Hadir dengan bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan pantas 33W, ia boleh mencapai cas penuh dalam masa 72 minit, Teknologi Pengembangan RAM pada peranti ini membolehkan pengguna menukar storan sehingga 5GB ROM yang tidak digunakan kepada RAM.

Di samping itu, ia juga mempunyai kamera utama 48MP, 2MP untuk kesan depth dan lensa makro 2MP. Telefon ini juga kalis habuk dan kalis air, dengan penarafan IPX4.

Pra tempah OPPO A95 boleh dibuat bermula hari  ini 15 November 2021 sehingga 19 November 2021 dan pembeli layak untuk mendapatkan Enco Buds bernilai RM159 dengan hanya menambah RM1.



Pra tempah boleh dilakukan di semua My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, semua pengedar sah OPPO, kedai dalam talian sah OPPO, rakan rangkaian kedai dan rakan e-dagang seperti Shopee, Lazada serta Astro Go Shop.

Jualan pertama luar talian pula akan bermula dari 20 November 2021.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga: