OPPO A91 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

OPPO telah menyambung legasi siri peranti pertengahan mereka iaitu OPPO A91. Peranti ini telah dilancarkan di India pada Disember tahun lalu dan bakal ditawarkan pada pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Siri A yang terbaru ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P70 dengan skrin yang bersaiz 6.4 inci AMOLED. Dilengkapi dengan 128GB ruang memori dan RAM 8GB serta ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan biru gelap. Bateri pula berkapasiti 4025 mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 20W.

oppo A91

Spesifikasi bagi kamera pada peranti ini, ia dihadirkan dengan 4 lensa yang terdapat pada kamera bahagian belakang iaitu 48MP+8MP+2MP+2MP. Di bahagian kamera hadapan pula didatangkan dengan 16MP. Peranti ini menggunakan Android 9.0 dan dilengkapi dengan fungsi pengimbas cap jari dalam skrin. Spesifikasi yang dinyatakan adalah mengikut peranti yang dilancarkan dipasaran India. Belum dapat diketahui adakah penawaran sama akan dibawa masuk ke Malaysia atau adanya perubahan lain.

OPPO Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi peranti ini. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan tidak lama lagi.