Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opera Neon

Opera Kini Hadir Dengan Pelayar AI Berbayar

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat pembangun pelayar dari Norway, Opera melancarkan pelayar AI baharu, Opera Neon yang direka khas untuk pengguna aktif menggunakan AI.

Antara ciri utama Neon adalah Tasks, ciri untuk memudahkan penggunanya mengurus pelbagai laman web, dokumen, perbualan AI dan carian.

Tasks menggabungkan tab, dokumen dan sembang AI dalam satu tempat yang dibantu bot sembang Neon Chat dan Neon Do.

Bot ini melaksanakan multi tugas serentak secara aktif dengan membantu mencari dan membuka halaman yang paling menarik untuk anda.

Opera Kini Hadir Dengan Pelayar AI Berbayar

Neon juga memperkenalkan Cards iaitu arahan tambahan yang membentuk respons AI mengikut keperluan pengguna.

Fungsi Make pula membolehkan penciptaan laman web, permainan dan video menggunakan agen AI, lengkap dengan sumber fail untuk dikongsi.

Opera Kini Hadir Dengan Pelayar AI Berbayar
Opera Kini Hadir Dengan Pelayar AI Berbayar

Dibina berasaskan pelayar Opera, Neon turut dilengkapi VPN dan penyekat iklan.

Opera Neon ditawar dalam bentuk langganan berharga USD19.90 (~RM85/bulan) dan hanya tersedia untuk sebilangan kecil pengguna sahaja buat masa ini.

Jika berminat, anda boleh mendaftar awal dalam senarai menunggu untuk akses awal dengan layari Opera Neon.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • GIGABYTE Lancar Monitor 'Gaming' QD-OLED 500Hz Berharga RM2,999
  • Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY