Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opera GX Mobile Pelayar Pertama Di Dunia Untuk Permainan Peranti Pintar

Opera GX Mobile Pelayar Pertama Di Dunia Untuk Permainan Peranti Pintar

Diterbitkan Mei 23, 2021 oleh ariff bukhari

Pembangun aplikasi pelayar Opera telah melancarkan sebuah aplikasi pelayar pertama di dunia untuk permainan di peranti pintar.

Pelayar yang dikenali sebagai Opera GX ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang memfokuskan kepada permainan seperti  Fast Action Button (FAB), vibration dan haptic feedback, Flow serta banyak lagi.

Secara keseluruhan, reka bentuk antaramuka Opera GX ini diinspirasikan daripada permainan bagi memudahkan pemain membuat navigasi serta memilih tema istimewa iaituGX Classic, Ultra Violet, Purple Haze dan White Wolf.

Sebelum ini, Opera telah pun melancarkan versi pelayar Opera GX untuk komputer Windows dan Mac.

Opera memaklumkan pengguna Opera GX di komputer kini sudah mencapai 9 juta pengguna.

Jadi, dengan adanya versi Opera GX untuk peranti pintar, anda boleh sambung bermain permainan di kedua-dua platfom.

Pelayar Opera GX Mobile kini masih dalam peringkat pembangunan.

Tetapi anda sudah boleh mencubanya dengan memuat turun aplikasi tersebut ke dalam peranti iOS dan Android anda.

Sumber: Opera

Baca juga:-

Aplikasi Opera GX Kini Ditawarkan Untuk Pengguna macOS

Opera Melancarkan Aplikasi Pelayar Sesawang Terbaru, Opera GX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY