Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Jadikan Google Sebagai Enjin Carian Lalai Pada Pelayar Edge

Opera Fail Aduan Rasmi, Tuduh Microsoft Paksa Pengguna Windows Guna Pelayar Edge 

Diterbitkan Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam isu yang tidak pernah berkesudahan, Opera, syarikat pembangun pelayar sesawang yang berpangkalan di Norway, telah memfailkan aduan rasmi kepada pihak berkuasa persaingan Brazil, Majlis Pentadbiran bagi Pertahanan Ekonomi (CADE).

Aduan itu dibuat Opera selepas menuduh Microsoft mengamalkan taktik anti-persaingan bagi memberi kelebihan tidak adil kepada pelayar Microsoft Edge di platform Windows.

Opera dalam satu kenyataan menegaskan, Microsoft menjadikan Edge sebagai pelayar pra-pasang dan lalai (default) pada semua peranti Windows, sambil turut menggunakan pelbagai cara lain lagi untuk menyukarkan pengguna mengakses atau beralih kepada pelayar alternatif.

Opera Fail Aduan Rasmi, Tuduh Microsoft Paksa Pengguna Windows Guna Pelayar Edge 

Antara taktik yang dikritik termasuk paparan mesej dan sepanduk yang menghalang pengguna daripada memuat turun pelayar lain, serta tindakan Microsoft yang tetap membuka Edge walaupun pengguna telah menetapkan pelayar lain sebagai lalai.

Opera turut memberikan contoh lain antaranya, semasa membuka fail PDF, pautan e-mel, atau menggunakan bar carian Windows.

Opera Fail Aduan Rasmi, Tuduh Microsoft Paksa Pengguna Windows Guna Pelayar Edge 

Aaron McParlan, Peguam Am Opera, menyatakan bahawa pengguna Windows di Brazil seharusnya bebas memilih pelayar yang mereka inginkan tanpa diganggu atau dihalang oleh sistem operasi.

Beliau juga menekankan bahawa tindakan ini bukan hanya menyusahkan pengguna, tetapi turut menjejaskan persaingan sihat dan menyekat inovasi.

Aduan kepada CADE merupakan sebahagian daripada usaha global Opera untuk mempertahankan hak pengguna digital, termasuk tindakan sedia ada mereka di Mahkamah EU yang mencabar kedudukan Edge sebagai “gatekeeper” di bawah Akta Pasaran Digital EU.

Opera turut mendakwa bahawa Microsoft menyalahgunakan kedudukannya dalam pasaran sistem operasi dan perisian pejabat dengan mendorong pengeluar PC agar hanya memasang Edge, sekaligus menghalang pelayar lain daripada mendapat peluang setara.

Sebagai langkah penyelesaian, Opera meminta CADE menyiasat dan memperkenalkan langkah pemulihan, antaranya:

  • Memberi kebenaran kepada pengeluar PC untuk pra-pasang dan menetapkan pelayar alternatif sebagai lalai.
  • Memperkenalkan paparan pilihan pelayar yang adil dan jelas untuk pengguna Windows di Brazil.
  • Menghentikan penggunaan reka bentuk manipulatif atau “dark patterns” yang menyukarkan penukaran pelayar.

Opera menegaskan bahawa ini merupakan peluang bagi Brazil untuk memimpin dalam isu kebebasan digital global, sekali gus melindungi hak pengguna dan memastikan persaingan dalam pasaran teknologi dijalankan secara adil dan terbuka.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • 45% Kod Dihasilkan AI Terbukti Tidak Selamat - Kajian
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop

Sumber: Opera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY