Penambahbaikan terhadap ciri VPN dan penghalang iklan terbina dalam menjadikan pelayar dengan kod nama Reborn 3 kini lebih pantas dan selamat melayari internet.
Beberapa hari yang lalu, aplikasi pelayar Opera telah dikemaskini kepada versi 60. Menggunakan kod nama Reborn 3, Opera 60 adalah pelayar sesawang pertama yang dibangunkan menggunakan teknologi Web 3.
Teknologi Web 3 menjadikan Opera sebagai sebuah aplikasi pelayar yang menyokong ciri mata wang digital seperti cryptocurrencies, blockchains dan memperluaskan keupayaan sesebuah laman sesawang yang pengguna semua gunakan hari ini.
Antaramuka yang lebih moden
Selain penggunaan teknologi terbaru, Opera turut mengalami perubahan reka bentuk antaramuka kepada rekaan yang lebih moden di mana pengguna kini boleh memilih menggunakan Reborn 3 ini dalam mod cerah ataupun mod gelap.
Reborn 3 juga mengubah kedudukan Easy Setup di mana pengguna lebih mudah mengakses tetapan-tetapan utama yang ada pada aplikasi ini seperti Appearance, Features, Wallpapers dan lain-lain.
Aplikasi pelayar Opera 60 (v60.0.3255.27) aka Reborn 3 ini boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman muka rasmi Opera.com untuk komputer yang menggunakan sistem operasi macOS, Windows dan Linux serta peranti Android.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=33&v=ybXChhOPYXQ
Berkaitan
- Pengguna TikTok Mendedahkan Kata Laluan Yang Disimpan Di Aplikasi Pelayar Amat Mudah Digodam
- Aplikasi Gmail Kini Menyokong Tema Gelap Di Peranti Android Dan iOS
- Permainan GTA Akan Dilancar Dalam Aplikasi Netflix
- Pelanggan Astro Nikmati Harga Menarik Akses Untuk 5 Aplikasi Penstriman Ini
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- WhatsApp Menjadi Aplikasi Bukan Dari Google Kedua Melepasi Angka 5 Bilion Dipasang Ke Dalam Peranti Pintar
- Secara Purata Sejumlah 19.3 Juta Pengguna Menggunakan Aplikasi MySejahtera Untuk Daftar Masuk Ke Premis Setiap Hari
- Tidak Semua Pembangun Aplikasi Pelayar Setuju Dengan FLoC
- Avast Temui Beribu Aplikasi Di Dalam Google Play Store Berisiko Membocorkan Data Sulit Pengguna Peranti Android
- 3 Aplikasi Rasmi Apple Ini Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows