OnePlus Watch Dilaporkan Tidak Akan Guna Wear OS

Pada bulan lalu, OnePlus India mengesahkan bahawa OnePlus akan melancarkan OnePlus Watch tidak lama lagi. Namun, apa yang mengejutkan ia tidak akan guna Google Wear OS.

Maklumat ini didedahkan sumber OnePlus yang dipercayai, Max J yang mengatakan jam pintar tersebut tidak akan guna Wear OS dimana syarikat itu mempunyai hubungan dengan Google serta Android.

https://twitter.com/MaxJmb/status/1325084853696663555?s=20

Sebenarnya, Wear OS adalah nadi utama yang menggerakkan jam pintar berasaskan Android kerana jenama-jenama lain tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk bangunkan OS sendiri.

Jenama jam seperti Fossil juga menggunakannya malah OPPO Watch yang baru dilancarkan turut menggunakan sistem operasi Wear OS.



Jam pintar ini tetap akan digandingkan dengan peranti Android tetapi tanpa Wear OS dan tiada maklumat sistem operasi apa yang akan digunakan OnePlus.

Tambah Max lagi, Wear OS memang tidak akan hadir pada jam pintar ini termasuk versi yang diubah atau dikemas seperti Oxygen OS.

OnePlus Watch mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan perubahan yang akan dibawakan oleh OnePlus pada masa akan datang.

Sumber: 9to5google