Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus Mengesahkan Jam Pintar Mereka Bakal Tiba

Posted on Oktober 15, 2020

OnePlus baru sahaja melancarkan peranti mercu mereka semalam iaitu OnePlus 8T. Namun, jenama itu tidak melancarkan atau mengumumkan jam pintar pertama mereka.

Walaupun jam pintar mereka sudah diperakui IMDA Singapura Ogos lalu termasuk desas desus yang mengatakan ia akan hadir dengan rekaan bulat.

Akan tetapi ia akan tetap hadir pada masa akan datang. Semalam, OnePlus India telah membuat satu ciapan di Twitter dimana ia menunjukkan lakaran jam itu.

More things are coming to the OnePlus ecosystem. It's just a matter of time 🧐#UltraStopsAtNothing pic.twitter.com/yPG4gfaBx3

— OnePlus India (@OnePlus_IN) October 14, 2020

Berdasarkan ciapan itu juga, jelas menunjukkan bahawa mereka memperluaskan lagi ekosistem OnePlus dengan pengumuman jam pintar pada masa akan datang.

Tiada lagi sebarang maklumat dan spesifikasi terhadap jam pintar ini termasuk tarikh pelancarannya.

Sumber: OnePlus India via gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress