Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 7 Pro Bakal Didatangkan Dengan Paparan Menakjubkan

OnePlus Sedang Bangunkan Telefon Dijana Naga 460, Skrin HD, Dan 6,000mAh

Diterbitkan Ogos 28, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus kini sedang giat mempromosikan OnePlus Nord sebagai penawaran model kelas pertengahan mereka. Namun, laporan terkini mula muncul yang mendedahkan mereka sedang membangunkan sebuah lagi model yang lebih mampu milik.

Diberi kod nama “Clover” ia akan dikuasakan oleh Snapdragon 460 dan akan hadir dengan skrin 6.52 inci beresolusi HD LCD. Selain itu, ia akan mempunyai 4GB RAM dan juga storan dalaman 64GB dengan microSD.

Akan terdapat 3 kamera pada bahagian belakang iaitu 13MP+2MP+2MP. Telefon ini akan dimuatkan dengan bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Setakat ini, OnePlus belum mengesahkan apa-apa lagi mengenai kewujudan telefon Clover ini. Namun sebelum ini ada menceritakan bahawa akan ada model Nord lain yang akan hadir selain OnePlus Nord.

Tarikh pelancaran tidak didedahkan namun mungkin kita akan mengetahuinya dalam masa-masa yang akan datang.

Sumber: Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY