Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus nord

OnePlus Nord SE Mungkin Hanyalah Edisi Khas Dan Bukan Telefon Baharu

Diterbitkan Disember 22, 2020 oleh Amsyar Latif

Terdapat ura-ura sebelum ini bahawa OnePlus Nord SE akan dilancarkan dimana ia akan menjadi sebuah peranti Nord yang mampu milik dalam siri Nord.

Namun, lain pula yang terjadi apabila maklumat terbaru yang dilaporkan, OnePlus Nord SE hanyalah versi edisi khas peranti Nord yang dibangunkan dengan kerjasama pereka Joshua Vides.

Joshua Vides on His Art & Gifting LeBron AF1s | HYPEBEAST
Joshua Vides

Tambahan lagi, perkongsian yang dilakukan PhoneArena dan Max Jambor mengatakan Nord SE akan menampilkan ciri-ciri estetika pada peranti sepertiĀ wallpaper dan rekaan panel belakang baharu.

Nord SE – same but looks different šŸ‘€ pic.twitter.com/qAjzO1Rmh1

— Max Jambor (@MaxJmb) December 21, 2020

Ini bermakna, anda akan lihat spesifikasi yang sama iaitu skrin 6.4 inci dengan sokongan kadar penyegaran 90Hz, Snapdragon 765G dan juga tetapan kuad-kamera.

OnePlus Nord SE dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mac 2021 bersama-sama dengan peranti andalan siri OnePlus 9.

Sumber: PhoneArena, Max Jambor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY