Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nord

OnePlus Nord Edisi Khas Sandstone Akan Dilancarkan Pada 14 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2020 oleh Amsyar Latif

Umum mengetahui bahawa OnePlus Nord telah pun dilancarkan di Malaysia pada Ogos yang lalu. Manakala, OnePlus juga mengumumkan peranti terbaharu mereka iaitu OnePlus 8T.

Baru-baru ini, OnePlus telah berkongsi satu gambar di Twitter rasmi mereka dimana mereka akan mengumumkan OnePlus Nord Edisi Khas Sandstone sekali dengan pengumuman OnePlus 8T pada 14 Oktober nanti.

Beauty is everywhere. Find it with #OnePlusNord.
Know more October 14 – https://t.co/tKWwNuN8Hv pic.twitter.com/z54y3cjomi

— OnePlus (@oneplus) October 11, 2020

Sebelum ini, peranti OnePlus One hadir dengan dua warna – Silk White dan Sandstone Black dimana Sandstone menjadi salah satu kegemaran ramai. Sementara siri OnePlus 8 hadir denganĀ casing Sandstone sahaja.

Jika OnePlus Nord hadir dengan kemasan Sandstone, bermakna mereka akan menukar panel belakang yang menggunakan Gorilla Glass 5 kepada panel daripada bahan lain.

Mengimbas kembali, OnePlus Nord merupakan peranti kelas pertengahan dengan cip pemproses Snapdragon 765G dan paparan AMOLED yang menyokong kadar segar semula 90Hz.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY